Harian Metro

Bimbang bersih sendiri

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

„ Penternak puyuh khuatir wabak selesema burung beri kesan pada diri, pekerja

Penternak burung puyuh di Kampung Tempoyak, Bunut Susu, di sini, enggan mengambil risiko membersihk­an ladang ternakan yang sudah disembur dengan racun dan ubat membasmi kuman sejak minggu lalu.

Che Hamid Che Hassan, 45, berkata, dia bimbang sekiranya pembersiha­n kawasan itu dibuat tanpa nasihat Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Kelantan akan menyebabka­n wabak selsema burung ‘datang’ semula.

Minggu lalu, 3,000 daripada 15,000 puyuhnya mati akibat positif wabak itu yang disebabkan virus Avian Influenza (H5N1).

Susulan itu, katanya, JPV melupuskan semua ternakan berkenaan dan ladangnya disembur ubat membasmi kuman dan racun menyebabka­n dia tidak lagi menjejakka­n kaki ke ladang itu.

“Saya hanya tunggu kebenaran daripada JPV sebelum melakukan kerja-kerja pembersiha­n ladang ini kerana bimbang, jika saya buat sahaja, nanti masalah lain timbul.

“Lagipun tanpa notis pengesahan, saya tidak mahu kesihatan diri dan empat pekerja pula berisiko. Akibat wabak ini, saya kerugian lebih RM22,000,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah JPV negeri, Dr Suratan Kamaruddin ketika diminta mengulas kebimbanga­n penternak itu berkata, pihaknya tidak menghalang mereka untuk melakukan kerja pembersiha­n.

“Mereka boleh membersihk­an pada bila-bila masa kerana selepas operasi pelupusan dibuat di ladang mereka, kawasan itu sudah dianggap bebas wabak.

“Cuma yang kami tidak benarkan buat masa ini ialah memulakan kembali ternakan mereka, memandangk­an keadaan masih belum pulih,” katanya.

 ?? FOTO: SYAMSI SUHA ?? CHE Hamid melihat ladang ternakanny­a yang dikuaranti­n di Kampung Tempoyak, Bunut Susu, Pasir Mas.
FOTO: SYAMSI SUHA CHE Hamid melihat ladang ternakanny­a yang dikuaranti­n di Kampung Tempoyak, Bunut Susu, Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia