Harian Metro

‘Hukuman dia terlalu ringan’

-

Sungai Petani: “Kami terkilan dan kesal dengan keputusan (pertuduhan) yang dikenakan seolah-olah kemalangan yang meragut nyawa anak kami itu dilihat sebagai kemalangan biasa dan nyawa anak kami tidak bernilai.

“Bukan kami tidak reda dengan keputusan itu, tetapi dia (tertuduh) seharusnya diberi hukuman yang lebih berat supaya dapat memberi pengajaran kepada diri dan pemandu lain.”

Itu luahan Rosli Lin, 57, ayah Allahyarha­m Mohamad Fandi, 26, yang maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan akibat seorang remaja perempuan memandu melawan arus di Kilometer 134, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, Selasa minggu lalu.

Rosli berkata, pihaknya berpendapa­t pertuduhan terhadap remaja terbabit, Ng Pei Ven, 19, terlalu ringan berbanding kesalahan dilakukann­ya.

“Kami boleh terima jika kemalangan itu sememangny­a berlaku tanpa disengajak­an. Namun, dia melakukan kesalahan dengan memasuki laluan yang tidak sepatutnya dia lalui dan itu jelas bahawa dia sengaja mahukan kemalangan itu berlaku,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang, di sini, malam kelmarin.

Rosli berkata, jika keputusan pertuduhan itu dikenakan ke atas tertuduh disebabkan model sambilan itu orang kurang upaya (OKU), ia alasan tidak berasas dan tidak adil buat mereka sekeluarga kerana remaja itu seharusnya dihukum sebagai seorang individu normal.

Dalam pada itu, isterinya, Noor Suriani Ismail, 47, berkata, bagi mendapat pembelaan atas kematian Mohamad Fandi, mereka menyerahka­nnya kepada peguam.

“Kami tiada hak untuk menghukum wanita itu, kami serahkan semuanya kepada peguam untuk tindakan saman.

“Kalau itu keputusan yang ditetapkan kami pasrah, namun kami tetap akan terus mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pembelaan atas kematian anak kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia