Harian Metro

Penjara tiga tahun seludup warga Vietnam

-

Padah menyeludup migran warga Vietnam pada 2014, seorang bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan pula membuktika­n kes itu melampaui keraguan munasabah. Justeru, tertuduh, Abdul Hamid Othman, 30, disabitkan seperti pertuduhan.

“Tertuduh dengan ini dihukum penjara tiga tahun dari tarikh hukuman hari ini (semalam),” katanya.

Azman bagaimanap­un membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara itu selepas dipohon peguam Nurul Hanani Md Daud untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan dengan syarat notis rayuan semalaman dan membayar jaminan RM25,000.

Berdasarka­n pertuduhan, Abdul Hamid didakwa menyeludup tiga migran Vietnam iaitu dua lelaki dan seorang wanita.

 ??  ?? ABDUL Hamid ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen
Kangar.
ABDUL Hamid ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia