Harian Metro

LELAKI CHAD ‘KECEK KELATE’

„ Lelaki Afrika fasih berbahasa Melayu bangga menuntut ilmu di Malaysia

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Saiful Hisyam Md Salleh am@hmetro.com.my

“Saya ore kelate tapi saya dok suko make budu (saya orang Kelantan tapi saya tak suka makan budu),” seloroh seorang lelaki Chad, Afrika, Al-Shazali Mostapha, 40, sambil disambut gelak tawa beberapa bekas penuntut lain yang pernah mendapat pendidikan di Malaysia.

Pertemuan wartawan bersamanya menimbulka­n kekaguman berikutan lelaki Chad terbabit fasih berbahasa Melayu selain mampu berjenaka menggunaka­n dialek Kelantan. Al-Shazali berkata, dia dan rakan senegara yang lain masih rindukan suasana dan persekitar­an ketika menuntut di universiti di Malaysia.

“Kami rindukan Malaysia. Saya rindu roti canai, nasi lemak, nasi paprik dan pelbagai makanan lain.

“Semua makanan itu tidak dijual di sini. Kebanyakan kami menganggap Malaysia sebagai ‘tanah air’ kedua selepas Chad. Jika boleh kami mahu pulang ke sana lagi (Malaysia),” katanya.

Menurutnya, dia terhutang budi dengan Malaysia apatah lagi diberi peluang berkhidmat dengan syarikat PETRONAS di negara ini selepas tamat pengajiann­ya di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) selain bekerja di Malaysia selama 10 tahun.

“Syarikat cari gali minyak PETRONAS bekerjasam­a dengan syarikat ExxonMobil di negara ini. Saya dan rakan dipertangg­ungjawabka­n untuk menguruska­n tugas di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas penuntut Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang kini menjadi Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Teknologi Universiti Roi Faycal Du Tchad, Dr Mahamat Issa Hassan turut menyatakan rasa bangga pernah menuntut di Malaysia.

Menurutnya, ribuan lagi penuntut universiti di Republik Chad terutama dalam bidang kejurutera­an dan teknologi maklumat menyimpan cita-cita besar untuk melanjutka­n pelajaran ke Malaysia.

“Malaysia menjadi idola serta impian penuntut Chad untuk menyambung pendidikan ke tahap lebih tinggi. Sehingga kini ratusan penuntut Chad menamatkan pengajian dan menjawat jawatan tinggi sebaik pulang ke tanah air.

“Walaupun dihimpit kemiskinan, namun mereka beranggapa­n pendidikan bakal diperoleh di Malaysia mampu mengubah ekonomi dan masa depan negara ini,” katanya.

Mahamat Issa berkata, pendidikan diterima di Malaysia membuka matanya untuk melakukan perubahan lebih baik kepada sistem pendidikan peringkat tinggi di negara Afrika itu.

“Jika diberi peluang, saya mahu ubah landskap ekonomi negara ini menjadi sama seperti Malaysia. Saya kagum dengan kemajuan dicapai Malaysia dan rakyatnya. Negara kamu lebih cemerlang baik dari segi kemudahan asas insfrastru­ktur, pendidikan dan perubatan,” ujarnya.

Menurutnya banyak yang perlu dipelajari dari Malaysia yang mempunyai jumlah rakyat tiga kali ganda lebih ramai dari negara Chad, namun mempunyai saiz negara yang kecil.

Kami menganggap Malaysia sebagai ‘tanah air’ kedua selepas Chad Al-Shazali

 ??  ?? AL-SHAZALI bekas penuntut UIA pernah bekerja di Malaysia selama 10 tahun kini berkhidmat dengan syarikat PETRONAS di Afrika.
AL-SHAZALI bekas penuntut UIA pernah bekerja di Malaysia selama 10 tahun kini berkhidmat dengan syarikat PETRONAS di Afrika.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia