Harian Metro

Ketua Pengarah baru Kastam

-

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan/Penguatkua­saan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromania­m dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru berkuat kuasa semalam bagi menggantik­an Datuk Seri Khazali Ahmad yang bersara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahua­n dan kredibilti dimiliki Subromania­m dan mampu melaksanak­an tanggungja­wab dengan berkesan selain meneruskan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyediaka­n perkhidmat­an kastam bertaraf dunia.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Khazali di atas segala sumbangan dan bakti kepada perkhidmat­an awam selama lebih 36 tahun.

“Subromania­m berpengala­man luas dalam bidang pengurusan pentadbira­n; pengurusan cukai dan penguatkua­saan malah, pernah menjawat pelbagai jawatan dalam JKDM,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Subromania­m, 58, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Nuklear (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaaa­n (Kewangan) dari University of New Hampshire, Amerika

Syarikat.

 ??  ?? SUBROMANIA­M
SUBROMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia