Harian Metro

Abang kandung dituduh bunuh adik

-

Lima rakan termasuk abang kandung kepada seorang lelaki yang dipukul hingga mati dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Mohd Hadzri Mohd Daud, 35; Khairil Azhar Md Ali, 32; Nazri Jamaluddin, 32; Shahnizam Ali, 37, dan Muhammad Shah Daniel Abdullah, 34, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota polis, jam 8.30 pagi.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan terhadap Nor Ridzuan Jamaluddin, 27, di sebuah kedai bundle di Batu 1, Jalan Seremban-Tampin, di sini, antara jam 2.45 pagi hingga 5 pagi, pada 11 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 35, kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa Puspa Rani, manakala semua tertuduh diwakili Mohamad Zahid Ahmad.

 ??  ?? LIMA lelaki didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
LIMA lelaki didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia