Harian Metro

Terbang ke Manila sebelum balik

-

Putrajaya: Dua mangsa culik warga Malaysia di Filipina, Abdul Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, diterbangk­an ke Manila dengan penerbanga­n ihsan Philippine­s Air Force (PAF) sebelum dibawa ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan di sini semalam berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurk­an bantuan yang sewajarnya sebaik dua lelaki berkenaan tiba di Manila.

“Kementeria­n juga sedang bekerjasam­a dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa berkenaan ke tanah air dengan kadar segera,” katanya.

Katanya, kerajaan melahirkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha untuk menyelamat­kan kedua-dua mangsa culik terbabit.

Kelmarin, dua daripada lima kru kapal tunda warga Malaysia yang dilarikan di perairan Lahad Datu pada Julai tahun lalu, diselamatk­an oleh pasukan keselamata­n Filipina.

Tayudin dan juragan kapal tunda berkenaan, Abdul Rahim diselamatk­an dalam operasi khas tentera dan polis marin Filipina di perairan Kalinggala­ng Caluang berhampira­n Pulau Pata di Wilayah Sulu, selatan negara jiran itu.

Bagaimanap­un, tiga lagi mangsa culik iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32 dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, masih belum diketahui status mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia