Harian Metro

WASIAT KARUT

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Rakyat Malaysia sertai Daish wajibkan isteri kahwini militan lain jika terbunuh

Kuala Lumpur

Dilarang untuk pulang ke negara asal dan mewajibkan isteri untuk berkahwin dengan ‘mujahidin’ lain. Menyifatka­n negara kelahiran sebagai ‘negara taghut’ (menyekutuk­an Allah).

Itu antara butiran wasiat rakyat Malaysia yang terkorban ketika menyertai kumpulan pengganas Daish manakala isteri serta anak-anak mereka dipaksa untuk terus tinggal di negara bergolak terbabit.

Malah, isteri mereka ‘diwajibkan’ untuk mengahwini anggota militan lain asalkan mereka terus tinggal di negara berkenaan dan kononnya mengimpika­n syahid.

Butiran wasiat itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob berkata, wasiat ini berjaya dibongkar menerusi satu insiden membabitka­n pasangan suami isteri warga Malaysia yang menyusup masuk ke Syria.

“Salah satu insiden yang kita dapat tahu apabila lelaki ini menulis satu wasiat dan memaklumka­n kepada isterinya bahawa wasiat ini hanya boleh dibaca ketika dia terbunuh dalam pertempura­n.

“Selepas tempoh tertentu, lelaki ini disahkan terbunuh dalam satu pertempura­n di negara berkenaan dan wanita ini membaca isi kandungan wasiat terbabit.

“Butiran wasiat ini antara lain melarang isterinya serta anak-anak untuk kembali ke negara taghut iaitu. Kamu (wanita itu) wajib berkahwin dengan ‘mujahidin’ lain dan perlu syahid di sini (Syria),” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, wasiat itu memberi isyarat bahawa rakyat Malaysia yang berada di Syria ingin terus berada di sana tanpa menghirauk­an keadaan keselamata­n.

Menurutnya, bagi mereka, wasiat untuk mengahwini ‘mujahidin’ lain ini disifatkan sebagai penyambung perjuangan walaupun secara jelas kumpulan militan Daish adalah pengganas dan terkeluar daripada garis panduan Islam.

“Berdasarka­n maklumat, rakyat Malaysia yang masih berada di Syria tidak mahu pulang ke negara asal berbanding anggota militan dari negara lain.

“Anggota militan lain ingin kembali ke negara asal, namun berbeza bagi rakyat Malaysia yang mahu terus berada di Syria dan kononnya mengimpika­n syahid,” katanya.

Mengulas berhubung jumlah rakyat Malaysia yang masih berada di Syria, Ayob berkata, seramai 57 rakyat Malaysia masih tinggal di Syria terdiri daripada 37 lelaki dan 20 perempuan.

“Ini termasuk kanak-kanak kerana 57 orang rakyat kita yang masih berada di sana ada yang mempunyai keluarga dan ada juga anak-anak yang dilahirkan di Syria.

“Sebelum ini, kita mengesan seramai 95 rakyat Malaysia namun 30 daripadany­a sudah meninggal dunia akibat terbunuh dalam peperangan. Sembilan orang pula menjadi pengebom berani mati manakala lapan orang kita tangkap ketika balik ke Malaysia,” katanya.

 ?? Ayob ?? Salah satu insiden yang kita dapat tahu apabila lelaki ini menulis satu wasiat dan memaklumka­n kepada isterinya bahawa wasiat ini hanya boleh dibaca ketika dia terbunuh dalam pertempura­n”
Ayob Salah satu insiden yang kita dapat tahu apabila lelaki ini menulis satu wasiat dan memaklumka­n kepada isterinya bahawa wasiat ini hanya boleh dibaca ketika dia terbunuh dalam pertempura­n”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia