Harian Metro

Latih kanak-kanak warisi dakyah pengganas

-

Kuala Lumpur: Membentuk pelapis pengganas. Itu yang dilakukan gerakan militan Daish terhadap kanak-kanak dengan melatih mereka menerusi kaedah ala tentera.

Pelapis pengganas generasi baharu ini membabitka­n kanak-kanak itu adalah daripada pelbagai negara termasuk rakyat Malaysia yang masih berada di Syria.

Mereka ini dilatih seawal usia dalam pelbagai aspek termasuk latihan tentera, penggunaan senjata api dan pendedahan kepada taktikal militan di medan perang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kanak-kanak ini sememangny­a dilatih dan akan mewarisi kegiatan keganasan di negara itu.

“Memang ada rakyat kita yang masih berada di sana (Syria) sudah berkeluarg­a dan mempunyai anak-anak. Segelintir daripada mereka ini turut melahirkan anak di Syria dan membesar di sana.

“Kanak-kanak ini mahupun ibu bapa mereka tidak akan pulang ke negara asal iaitu Malaysia, sebaliknya akan terus tinggal di Syria walau dalam apa jua keadaan sekali pun,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Ayob berkata, kanak-kanak rakyat Malaysia bukan saja hidup dan membesar di Syria, sebaliknya dilatih menjadi militan.

“Mereka mempunyai kem-kem latihan yang bertujuan untuk mendedahka­n kanak-kanak ini menggunaka­n senjata api dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, polis turut mengesan sekurang-kurangnya tiga individu masih aktif melakukan pengkadera­n terhadap rakyat Malaysia menerusi laman sosial Facebook (FB).

Ayob berkata, mereka yang masih aktif berada di Syria dan merekrut rakyat tempatan adalah Mohamad Wanndy Mohamad Jedi,

Mohd Rafi Udin dan bekas pemain dram kumpulan Ukays, Akel Zainal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia