Harian Metro

Mangsa keempat serangan meninggal malam semalam

-

Warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan cedera parah dalam serangan pengganas di London, disahkan meninggal dunia lewat malam semalam ketika dirawat di hospital.

Mangsa disahkan sebagai Leslie Rhodes, dari Streatham, London yang meninggal dunia di Hospital King College.

Dalam kejadian itu, tiga individu terbunuh termasuk seorang anggota polis, PC

London Keith Palmer, 48 yang bertugas di luar bangunan Parlimen manakala lebih 40 orang cedera.

Turut terbunuh dalam serangan itu, ibu kepada dua anak, Aysha Frade, 43, yang dalam perjalanan menjemput anaknya pulang dari sekolah dan pelancong Amerika Syarikat, Kurt Cochran, 54.

Isteri Cochran, Melissa bersama tiga pelajar dari Perancis berusia 15 dan 16 tahun serta seorang pelancong dari Korea Selatan berusia 67 tahun dilaporkan masih kritikal.

Sementara itu Hospital King College mengesahka­n dua mangsa serangan itu masih kritikal.

“Pihak hospital menerima lapan pesakit, empat daripadany­a dilaporkan stabil manakala dua lagi dibenarkan keluar hari ini,” lapornya menerusi Twitter rasmi hospital itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia