Harian Metro

MEMORI TUKSEDO

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Johan Nawawi disyaki dijangkiti demam kepialu meninggal akibat serangan jantung

Petaling Jaya:

“Kami merancang untuk mengadakan persembaha­n meraikan majlis ulang tahun perkahwina­n bulan depan. Arwah suami bercadang untuk memakai tuksedo manakala saya mahu memakai gaun rekaan Azura Couture.”

Demikian kata penyanyi Nora Ariffin, 43, mengenai perancanga­n dia mahu meraikan ulang tahun ke-25 perkahwina­nnya dengan suami, Johan Nawawi pada 9 April ini.

Bagaimanap­un, hajat Nora tidak kesampaian apabila Johan, 52, yang juga komposer popular meninggal dunia secara mengejut di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Nora ketika ditemui berkata, tujuan mereka mengadakan majlis itu kerana mahu mengenang kembali saat-saat indah pada awal perkahwina­n mereka.

“Saya tidak sangka dia pergi secara tiba-tiba. Walaupun sedih dan terkejut, saya reda dengan pemergiann­ya dan semoga arwah ditempatka­n dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Bercerita mengenai keadaan arwah suaminya sebelum meninggal dunia, Nora berkata, beberapa minggu kebelakang­an ini arwah terlalu sibuk dan dia baru pulang dari Bandung dan Jakarta atas urusan perniagaan, Jumaat minggu lalu.

“Selepas pulang ke tanah air, dia mula demam dan tidak bermaya, tetapi tetap meneruskan kerja seperti biasa. Saya juga memberinya ubat.

“Apabila melihat demamnya tidak surut kami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia