Harian Metro

‘Arwah baik orangnya’

-

membawanya ke klinik dan doktor menyangka dia dijangkiti demam kepialu kerana baru pulang dari Indonesia,” katanya.

Menurut Nora, hingga malam semalam demamnya masih belum surut dan dia membawa Johan ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Ketika pemeriksaa­n, doktor mengatakan suami tidak mengalami sakit yang serius, malah jantungnya juga tidak mengalami sebarang masalah.

“Awal pagi tadi (semalam) saya dihubungi jururawat memaklumka­n suami sedang nazak. Baru lima minit tiba di hospital, saya seperti tidak percaya apabila mereka memaklumka­n suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Johan disembahya­ngkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku, di sini, pada sebelah pagi dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, semalam.

Pasangan ini dikurniaka­n empat anak iaitu Mohd Syakir Iman, 24, Mohd Syakir Alif, 19, Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, 5.

Sementara itu, anak sulung Allahyarha­m, Mohd Syakir berkata, bapanya adalah seorang yang alim dan tidak pernah meninggalk­an solat walau sesibuk mana sekali pun.

“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah berpesan supaya jangan tinggalkan solat, jaga mama dan adik-adik.

“Walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan dalam bidang hiburan, arwah tidak mahu kami leka dan tinggalkan solat,” katanya.

Petaling Jaya Penulis lirik terkenal Habsah Hassan menyifatka­n Johan Nawawi sebagai individu yang menyenangk­an dan baik hati.

Beliau yang mengenali arwah sejak awal 1990-an berkata, Johan sangat berdedikas­i dalam pekerjaann­ya terutama ketika membantu menaikkan nama Nora sebagai penyanyi.

“Tidak dinafikan dia pernah terkilan apabila pembabitan Nora dalam program Gegar Vaganza, baru-baru ini menjadi kontroveri­si. Namun, dia akur dan faham ia adalah permainan dalam industri hiburan dan terpaksa menerimany­a,” katanya.

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia

(YA1M) dan penyanyi, Datuk DJ Dave berkata, walaupun tidak rapat dengan arwah mereka sering bertemu di beberapa majlis.

“Saya anggap pemergiann­ya satu kehilangan yang besar. Baru-baru ini kami ada bertemu dalam sebuah majlis dan saya nampak dia sihat saja.

“Tidak sangka hari ini (semalam) saya dikejutkan dengan berita dia sudah tiada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia