Harian Metro

BERANI TONGKAH ARUS

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Pemilik kedai runcit sertai program TUKAR berjaya ubah perniagaan seiring teknologi moden

Zul Izzamin mewarisi perniagaan kedai runcit Izzamin Mini Market daripada ayahnya pada tahun 2000.

Beroperasi di Pontian, Johor, kedai runcit miliknya itu menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk membeli barangan keperluan harian mereka.

Sebagai anak muda berjiwa besar, Zul bercita-cita melakukan pembaharua­n terhadap kedai runcitnya itu agar perniagaan­nya bertambah menarik dan berkembang maju.

Justeru, pada 2001, dia menyertai Program Transforma­si Kedai Runcit (TUKAR) untuk memodenkan kedai runcit tradisiona­l supaya berdaya saing dalam perniagaan runcit kompetitif.

Program TUKAR adalah usaha komprehens­if kerajaan di bawah Program Transforma­si Nasional (NTP) untuk mentransfo­rmasi Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

Menerusi program itu, Zul menerima pembiayaan perniagaan berjumlah RM25,000 untuk kerja pengubahsu­aian kedainya, membeli kelengkapa­n baru, mengemas kini sistem Inventori dan Titik Jualan (POS) dan penambahan jumlah produk serta perkhidmat­an di Izzamin Mini Market.

Ternyata, usaha dan keberanian­nya memulakan sesuatu yang baru untuk kedainya membuahkan hasil.

Buktinya, selepas menghadiri kursus dan mendengar nasihat mentor program TUKAR, pendapatan kedai Zul meningkat 100 hingga 200 peratus.

“Tidak salah memodenkan kedai sedia ada bagi memberi pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan.

“Ini kerana, kita perlu mengikut perkembang­an dunia perniagaan semasa, apatah lagi pada zaman

di mana pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan.

“Kini, kita perlu bersaing dengan trend supaya pelanggan akan terus datang ke kedai. Cuba lihat Korea Selatan, pelanggan di sana boleh membeli barangan runcit dengan hanya mengimbas gambar barangan di telefon pintar mereka,” katanya.

Zul mengakui program TUKAR membantuny­a mencapai kejayaan seperti hari ini menerusi pendekatan ‘hands on’.

Ini kerana barisan mentor TUKAR adalah mereka yang terdiri daripada eksekutif berpengala­man yang berkhidmat di pasar raya besar dan terkenal seperti Tesco dan Mydin.

“Seramai tiga mentor datang ke kedai saya beberapa kali untuk berbincang dan memberi idea baru, menegur kesilapan dan mengajar cara betul menyusun produk di rak dan tanda harga supaya memudahkan pelanggan.

“Mereka memberitah­u saya, pelanggan lebih cepat membuat pembelian jika dapat mencari dan membuat pilihan produk dengan mudah,” katanya.

Sejak transforma­si kedainya, semakin ramai pelanggan datang ke Izzamin Mini Market.

Kini, Zul bercadang untuk mengembang­kan perniagaan­nya dengan mempunyai beberapa cawangan dan menawarkan lebih banyak pilihan produk serta perkhidmat­an kepada pelanggan.

Namun, bukan semua peserta program TUKAR mempunyai nasib sama seperti Zul.

Satu kajian TNS pada 2013 mendapati lebih separuh (57 peratus) pemilik kedai mendaftar dalam TUKAR dan program Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) tidak berjaya meneruskan perniagaan mereka selepas menjalani program transforma­si berkenaan.

Sementara itu, Zul menasihatk­an pemilik perniagaan kecil usah terlalu bergantung kepada pemberian kerajaan, sebaliknya perlu bekerja keras untuk mengekal dan mengembang­kan perniagaan.

“Walaupun program ini membantu, segala usaha dan perancanga­n bergantung kepada diri peserta. Inisiatif untuk belajar harus dilakukan supaya perniagaan dapat dikekalkan,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN membeli barangan keperluan di kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program TUKAR.
PELANGGAN membeli barangan keperluan di kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program TUKAR.
 ?? Zul Izzamin ?? PELANGGAN memilih barangan lebih mudah dengan susun atur yang teratur. Walaupun program ini membantu, segala usaha dan perancanga­n bergantung kepada diri peserta. Inisiatif untuk belajar harus dilakukan supaya perniagaan dapat dikekalkan”
Zul Izzamin PELANGGAN memilih barangan lebih mudah dengan susun atur yang teratur. Walaupun program ini membantu, segala usaha dan perancanga­n bergantung kepada diri peserta. Inisiatif untuk belajar harus dilakukan supaya perniagaan dapat dikekalkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia