Harian Metro

TERGELINCI­R MAIN ATAS BATU TAK HIRAU TEGAHAN

- Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my Mohamed Sahidi Yusof am@hmetro.com.my

Budak OKU lemas ketika ikut jiran

beriadah di Pantai Irama

Bachok

Kegembiraa­n seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mengikut jirannya bersiar-siar di pantai berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas dalam kejadian di Pantai Irama, di sini, jam 3 petang semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohd Amiruddin Ismail, 12, yang mengalami masalah pembelajar­an bermain di atas batu di pesisir pantai itu bersama dua jirannya.

Bagaimanap­un, dia tergelinci­r dan jatuh ke laut pada jam 1 tengah hari.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmed Mazdan Jusoh berkata, mangsa tinggal di Kampung Bendang Ikan, Rantau Panjang datang ke pantai itu bersama jiran.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 tengah hari selepas orang awam cuba membantu menyelamat­kan mangsa, tidak berjaya.

“Enam anggota ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan operasi mencari serta menyelamat digerakkan. Mayat mangsa ditemui kira-kira dua jam di lokasi dia terjatuh dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superinten­dan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

Tanah Merah

“Saya sudah larang dia, namun dia tidak menghirauk­an nasihat saya,” kata Che Shahiri Che Hashim, 27, adik kepada seorang lelaki yang lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Tepi Sungai, di sini semalam.

Nik Shahreza, 30, ditemui lemas di Pengkalan Jabir, Kampung Sat pada jam 5.39 petang semalam iaitu satu kilometer dari lokasi dia jatuh, petang kelmarin.

Mayatnya ditemui seorang pemancing yang melihat objek seperti kepala sebelum menghubung­i pasukan penyelamat.

Che Shahiri berkata, dia bersama arwah dan dua rakan mereka ke sungai itu untuk memancing sebelum abangnya memberitah­u mahu ke kawasan tengah sungai dekat timbunan batu.

Katanya, dia melarang abangnya berenang ke situ kerana arus sungai deras dan kawasan terbabit membahayak­an.

“Sehari sebelum kejadian, saya ada mencuba berenang ke kawasan itu untuk memancing di situ, tetapi saya sendiri hampir lemas kerana arus deras.

“Apabila abang mahu mencuba, saya tegah kerana bahaya. Saya sudah beritahu tempat itu bahaya tetapi dia tidak hirau kata-kata saya. Tidak lama selepas itu saya dengar dia minta tolong dan mula terkapai-kapai. Saya hulur buluh supaya dia dapat berpaut, namun abang tidak sempat mencapainy­a sebelum tenggelam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dia percaya abangnya mengalami kekejangan otot dan sukar tiba di kawasan batu itu.

Difahamkan, kawasan berbatu itu terletak 200 meter dari tebing sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.41 petang dan seramai 12 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Lelaki terkapai-kapai ditelan arus deras

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan ahli keluarga mengusung mayat Mohd Amiruddin.
ANGGOTA bomba dan ahli keluarga mengusung mayat Mohd Amiruddin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia