Harian Metro

JUMPA BELAKANG MASJID

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Adik larang abang berenang hulur buluh tapi tak terpaut

Kuala Terengganu

Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Kuala Ibai ditemui di belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Harris Wa’ab, 23, dari Kampung Gong Tok Nasek, di sini ditemui dalam keadaan terapung oleh dua nelayan yang baru pulang menangkap ikan jam 1.45 tengah hari.

Ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan lengkap berpakaian dan mangsa dipercayai mandi di kawasan berkenaan sebelum lemas.

Menurut sumber, lelaki berusia 34 tahun yang melalui kawasan berhampira­n lagun ternampak satu objek menyerupai manusia yang terapung.

Katanya, mangsa bersama ayahnya kemudian menghampir­i objek berkenaan bagi membuat pemeriksaa­n dan mendapati objek dimaksudka­n adalah manusia yang dipercayai mati lemas.

“Mangsa meminta bantuan orang yang berada di lokasi kejadian untuk menghubung­i polis bagi memaklumka­n penemuan berkenaan.

“Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan jam 2 petang bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n siasatan.

“Pemeriksaa­n di lokasi kejadian menemui sebuah motosikal dan barangan peribadi milik mangsa termasuk dompet, beg galas dan telefon bimbit yang diletakkan di sebelah batang kayu sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian.

 ??  ?? MAYAT ditemui lemas selepas dipercayai mandi di Pantai Kuala Ibai.
MAYAT ditemui lemas selepas dipercayai mandi di Pantai Kuala Ibai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia