Harian Metro

11 MISI BERSAMA

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Muslim Care, Harian Metro seiring membantu penduduk dunia memerlukan di kawasan berisiko

“Di mana ada Muslim Care (Muslim Care Society Malaysia), di situ ada Harian Metro (HM). Biarpun kita masuk ke kawasan gurun sekali pun, sebarang maklumat perlu diberikan untuk pengetahua­n umum.”

Itu reaksi Naib Presiden Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care) Mohd Johari Ismail yang mengakui jatuh bangun pertubuhan itu banyak dibantu akhbar ini dalam menguar-uarkan maklumat kepada orang awam.

Johari berkata, kerjasama Muslim Care dan media sudah terjalin lebih 10 tahun lalu dengan misi pertama di Semenanjun­g Gaza pada 2012.

“Ketika itu, Muslim Care boleh disifatkan sebagai ‘bayi’ dan pertubuhan yang sangat baru namun mempunyai visi yang besar iaitu ingin menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.

“Media sememangny­a platform yang terbaik untuk menyalurka­n berita kepada masyarakat umum dan kini, kira-kira 11 misi kemanusiaa­n sejak 2012 sudah disertai akhbar ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mungkin ada sesetengah pihak beranggapa­n bahawa setiap kali misi membawa media bersama memerlukan kos yang tinggi namun Muslim Care melihatnya menerusi sudut yang positif.

“Setiap kali misi yang disertai media memberi impak kepada misi bantuan serta kutipan sumbangan akan lebih pantas. Kita tidak boleh bekerja dalam silo iaitu secara senyap-senyap.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita sangat memerlukan sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada golongan sasar.

“Hebahan serta tulisan berita yang dibuat akhbar banyak memberi kesan mendalam mahupun dalam aspek kutipan sumbangan ataupun menyebarka­n mengenai penderitaa­n masyarakat di sesebuah negara,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n hubungan Muslim Care dan HM adalah ‘hubungan kekeluarga­an’ dan kolaborasi berkenaan sudah membuktika­n ia sangat berkesan.

“Kita pernah melakukan misi kemanusiaa­n di Syria, Turki, Semenanjun­g Gaza, Yaman, Bangladesh dan terbaru di Chad yang terletak di Benua Afrika.

“Biarpun misi kemanusiaa­n di beberapa lokasi berisiko seperti kawasan zon perang, namun HM memperliha­tkan kerjasama jitu dalam apa jua keadaan,” katanya.

Menurutnya, selain membantu menyebarka­n maklumat, media turut memberikan laporan yang terbaik bukan saja untuk kepentinga­n Muslim Care tetapi untuk keinsafan ummah secara keseluruha­nnya.

“Sejak media menyertai misi bantuan kira-kira 10 tahun yang lalu, saya sendiri mengakui sudah banyak perubahan yang dilalui. Jika dulu laporan HM sekadar gambar dan artikel, kini diperluask­an dengan media digital.

“Media digital HM seperti Harian Metro Online dan MyMetro TV banyak membantu sebaran maklumat dalam bentuk yang baru,” katanya.

Beliau berharap supaya kerjasama ini dapat diperkemas­kan lagi pada masa depan dan Muslim Care turut merancang untuk meneruskan misi bantuan di beberapa negara lain.

“Sempena sambutan 26 Tahun Harian Metro, saya berharap akhbar ini terus gah dan menyalurka­n maklumat menerusi kaedah yang unik yang menjadi kekuatanny­a selama ini,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N Muslim Care, Dr Anissiham Zainal Abidin (kiri) memeriksa nadir sambil diperhatik­an ketua misi bantuan, Johari Ismail dan Bendahari Muslim Care, Ustaz Ahmad Shukri Ismail.
SUKARELAWA­N Muslim Care, Dr Anissiham Zainal Abidin (kiri) memeriksa nadir sambil diperhatik­an ketua misi bantuan, Johari Ismail dan Bendahari Muslim Care, Ustaz Ahmad Shukri Ismail.
 ??  ?? SUKARELAWA­N Muslim Care menyerahka­n bantuan kepada pelarian di sempadan Syria-Jordan.
SUKARELAWA­N Muslim Care menyerahka­n bantuan kepada pelarian di sempadan Syria-Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia