Harian Metro

TANGKAS DI SEBALIK SENYUM MANIS

- Muhaamad Hafis Nawawi, Fardy Bungga, Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman am@hmetro.com.my

„ Sepuluh anggota wanita unit CCET kastam cekap berdepan situasi cemas

Pertuturan mereka lembut selain tidak lekang daripada menguntum senyuman manis. Namun di sebalik keayuan itu, 10 anggota wanita Pasukan Penguatkua­saan Penyeludup­an Kastam (CCET) tetap tangkas dan cekap ketika berdepan situasi cemas.

Itu keunikan CCET yang ditubuhkan pada 2005 untuk memerangi jenayah penyeludup­an di darat dan laut.

Kehadiran mereka di LIMA’17, semalam, mencuri tumpuan ramai apabila ratusan pengunjung mengerumun­i pasukan itu untuk bergambar.

Selain dilengkapi dengan pelbagai senjata termasuk pistol, perisai dan baton besi, anggota CCET turut mempunyai latar belakang seni mempertaha­nkan diri yang ditetapkan sebagai kriteria pemilihan untuk menyertai pasukan berkenaan.

Pegawai Kastam, Mas Putih Kabil, 36, berkata, dia terpilih untuk menyertai latihan sebelum diserap ke dalam CCET pada 2005.

Katanya, tugas dalam pasukan ini sememangny­a mencabar di mana mereka perlu berdepan secara dekat dengan penyeludup yang bukan saja agresif, malah ada kalanya bersenjata.

“Kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan tindakan luar jangka penyeludup. Mereka bukan saja sanggup mencederak­an penguat kuasa, malah membunuh untuk melarikan diri.

“Walaupun pelbagai cabaran dan risiko perlu dihadapi, namun minat yang mendalam dalam bidang penguatkua­saan menjadi asas penting untuk saya terus kekal dalam CCET,” katanya, semalam.

Mas Putih yang juga pemegang tali pinggang hitam taekwondo berkata, ilmu pertahanan diri dimiliki membuatkan­nya lebih yakin ketika bertugas.

 ??  ?? ANGGOTA wanita pasukan CCET turut membuat persembaha­n sempena LIMA 2017 di Resort World, Langkawi.
ANGGOTA wanita pasukan CCET turut membuat persembaha­n sempena LIMA 2017 di Resort World, Langkawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia