Harian Metro

MURAH 20 PERATUS

-

„ Pembelian 4 kapal LMS China RM1 bilion mampu laksana misi LCS

Pembelian empat kapal pesisir (LMS) dari China berharga RM1 bilion berupaya melaksanak­an 80 peratus misi yang dikhaskan untuk kapal tempur pesisir (LCS) selain harganya 20 peratus lebih murah berbanding LCS.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, melalui pelan transforma­si 15-to-5 armada TLDM, kerajaan memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan China untuk membeli LMS dengan rundingan membabitka­n Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (Bousted), kelmarin sempena LIMA’17.

Menurutnya, bagi peringkat pertama, empat LMS akan diperoleh dengan dua dibina di China dan dua lagi di Lumut, Perak.

“TLDM memerlukan 18 LMS, kami bina empat dulu dan selebihnya secara berperingk­at mengikut kemampuan kerajaan. Aset LMS ini berdasarka­n bajet yang kami tetapkan di mana ia bukan aset yang boleh dibandingk­an dengan LCS yang digunakan untuk tujuan tempur dan perang, tentu harga LCS lebih mahal kerana keupayaann­ya sangat tinggi.

“Bagaimanap­un LMS adalah kapal sederhana namun boleh melaksanak­an banyak misi membabitka­n maritim dan jika ini dibuat perbanding­an secara umum, LMS berupaya melaksanak­an 80 peratus misi yang dikhaskan untuk LCS tetapi harganya lebih murah dalam 20 peratus daripada harga LCS,” katanya pada sidang media ketika ditemui di Resort World Langkawi, semalam. Ahmad Kamarulzam­an berkata, senjata canggih juga boleh dipasang pada LMS jika ia diperlukan.

“Contoh, peluru berpandu. Kami boleh meletakkan peluru berpandu pada LMS dan ia memperting­katkan keupayaan tempurnya.

“Apa yang lebih penting buat masa ini menjaga maritim iaitu menghalang penceroboh­an serta ancaman militan, jenayah rentas sempadan khususnya di perairan Sulu,” katanya.

Beliau berkata, apabila siap, LMS sama ada ditempatka­n di Wilayah Laut Dua ataupun Armada 5 di perairan Sulu untuk menjaga keselamata­n perairan negara.

“Bagi LCS, kami melancarka­n kapal pertama pada Ogos tahun ini dan apabila siap, ia memulakan fasa ujian yang mengambil sedikit masa namun mengikut jadual ditetapkan.

“Selain itu, aset lain termasuk aset Pasukan Khas Laut (PASKAL) diganti secara berperingk­at mengikut keperluan dan kemampuan,” katanya.

TLDM memerlukan enam LCS dan ia memperkuku­hkan armada kapal perang utama TLDM yang berjumlah empat buah iaitu dua kelas Lekiu dan dua kelas Kasturi.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an
AHMAD Kamarulzam­an
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia