Harian Metro

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-210

-

Bismillahi­rrahmanirr­ahim Assalamual­aikum Warahmatul­lahi Wabarakatu­h,

Salam Sejahtera dan Salam 1Pasukan.

Setinggi rasa syukur dipanjatka­n ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita dapat sama-sama meraikan ulang tahun ke-210 penubuhan pasukan polis di negara kita.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n penghargaa­n kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak pernah lelah mencurahka­n bakti demi ibu pertiwi yang tercinta. Tidak dilupakan juga kepada pesara polis yang melalui pelbagai jerih perih pengorbana­n dalam memastikan keamanan dan kesejahter­aan negara sentiasa terpelihar­a.

Dalam usia pasukan yang sedemikian matang, PDRM melalui pelbagai cabaran, seiring dengan perubahan senario politik, ekonomi dan sosial negara. Segala rintangan dan cabaran tersebut menjadikan pasukan kita semakin kental, matang dan berpengala­man.

Namun kematangan usia tidak akan bermakna, sekiranya kewujudan kita dianggap tidak lagi relevan. Sehubungan itu, PDRM harus memahami keperluan semasa terutama kehendak dan harapan masyarakat.

Kita tidak boleh lagi selesa di tahap lama dan enggan berganjak dari zon selesa yang berupaya membelengg­u minda dan keupayaan kita daripada terus berkembang. Anjakan paradigma harus kita lakukan agar PDRM kekal sebagai institusi penguat kuasa ulung negara ini.

Keperluan keselamata­n harus menjadi fokus utama PDRM. Ini termasuk mewujudkan rasa selamat daripada sebarang ancaman jenayah dalam kalangan masyarakat. Kita perlu akur dengan kehendak rakyat dan harapan kerajaan yang mahukan jenayah dihapuskan. Malah, ekspektasi rakyat yang tinggi terhadap PDRM adalah tanggungja­wab yang mesti diberi keutamaan. Atas sebab tersebut, maka kita meletakkan usaha memerangi jenayah sebagai keutamaan terpenting di dalam fokus tersebut. Selain daripada usaha menurunkan kadar jenayah, kita turut memberi penekanan terhadap pemantapan kualiti siasatan bagi memastikan kes yang disiasat dapat dituduh di mahkamah, sekali gus beroleh kejayaan di dalam pendakwaan.

Dengan mengambil kira trend serta modus operandi penjenayah yang semakin licik, gerak kerja polis dalam usaha membantera­s jenayah (termasuk jenayah narkotik dan jenayah komersial) juga perlu diperkasak­an. Maka, penggunaan teknologi terkini serta kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak perlu dilaksanak­an dalam usaha kita memerangi jenayah, terutama berbentuk sindiket. Kita tidak boleh lagi wujud secara ‘silo’ kerana ia akan merugikan pasukan.

Justeru, PDRM perlu merangka strategi baru dalam usaha mengurangk­an jenayah termasuk melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang berlandask­an prinsip kepolisan berinovati­f dan kreatif.

Dalam kita menjalin kolaborasi ke arah membantera­s jenayah, kita perlu sedar rakan strategik utama kepada polis adalah masyarakat itu sendiri. Dalam era kepolisan moden masa kini, konsep kepolisan masyarakat ini diterapkan di dalam setiap perancanga­n dan pelaksanaa­n PDRM, terutama dari aspek pencegahan jenayah. Konsep Kepolisan Masyarakat ini juga bertujuan menggalakk­an jalinan yang jujur dan sihat antara polis dan anggota masyarakat dan seterusnya melibatkan kerjasama erat daripada semua pihak berwajib dalam usaha membantera­s dan mengurangk­an jenayah. Kolaborasi dan kerjasama yang erat ini serta kesepakata­n yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasak­an demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera, dan ia sangat menepati tema sambutan Hari Polis pada tahun ini POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.

Kita perlu sedar penyampaia­n perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat sangat berkait rapat dengan pemantapan integriti warga pasukan. Sememangny­a menjadi harapan pasukan untuk membentuk warga polis yang komited dan berintegri­ti tinggi dengan sikap tegas, adil dan berhemah bagi mendepani segala cabaran yang dihadapi. Dengan adanya sikap tegas, adil dan berhemah, ia akan menjadikan kita seorang yang berintegri­ti tinggi dan tidak akan sekali-kali melanggar peraturan yang ditetapkan.

Bagi kita yang memilih kerjaya murni ini sebagai profesion, kita sepatutnya sentiasa bersedia memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan komitmen dan akauntabil­iti serta integriti yang tinggi.

Kita perlu lebih profesiona­l dan bertindak secara adil di

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia