Harian Metro

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih

-

kaca mata masyarakat.

Adalah menjadi harapan kita semua, agar usaha pemantapan integriti ini mendapat kerjasama daripada setiap lapisan warga pasukan. Ia wajib kekal sebagai salah satu dari fokus yang perlu dititik-beratkan, dan ia harus dimulakan dari peringkat atasan dan dihayati serta diamalkan oleh peringkat bawahan dengan penuh komitmen.

Bersempena sambutan ulang tahun PDRM Ke-210 ini, sama-samalah kita memperbaha­rui ikrar taat setia dan sumpah keramat kita untuk kekal menjadi pelindung masyarakat serta pembela agama dan bangsa, demi memelihara keselamata­n dan kedaulatan bumi Malaysia yang tercinta ini.

Selamat menyambut Hari Polis Yang Ke-210.

Sekian, Wabillahit­aufik Walhidayah,

Wassalamua­laikum Warahmatul­lahi Wabarakatu­h.

Terima kasih.

Hari ini Harian Metro (HM) menyambut ulang tahunnya yang ke-26. Tahniah kepada semua warga kerja akhbar ini, juga kepada semua bekas kakitangan kerana usaha dan sumbangan mereka juga amat bermakna bagi membolehka­n HM terus bertahan serta relevan hingga kini.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pembaca HM. Tanpa anda siapalah kami. Tanpa pembaca, mustahil untuk HM wujud dan terus bertahan. Lebih-lebih lagi pada zaman kini yang serba-serbinya digital.

Saya yakin ramai kalangan pembaca yang tidak membaca ruangan saya ini di naskhah bercetak, tetapi membacanya di platform digital sama ada menerusi komputer meja, komputer riba, tablet dan paling popular, telefon bimbit.

Itulah realiti sekarang. Syarikat media kini perlu bekerja keras untuk meneruskan kesinambun­gan. Ledakan teknologi digital amat kuat menghakis peranan akhbar bercetak, sekali gus memaksa operasi penerbitan berubah haluan.

Cara kerja wartawan, operasi bilik berita, malah struktur organisasi syarikat perlu dirombak dan diubah suai agar mampu memenuhi keperluan audien pada masa ini yang lebih mesra dan selesa dengan digital.

Hakikatnya, tempoh tiga hingga empat tahun kebelakang­an ini menghadirk­an cabaran paling getir kepada HM berbanding jangka masa sebelum itu. Malah, tidak keterlalua­n dikatakan cabaran sepanjang 2016 dan yang bakal dilalui tahun ini, lebih hebat berbanding dua tahun pertama kewujudan HM.

Apapun, saya tidak berniat untuk mengolah cabaran demi cabaran yang kami hadapi itu dengan terperinci, kerana itu bukan nawaitu saya. Yang lebih penting, saya ingin melahirkan penghargaa­n kepada semua pembaca yang setia bersama kami. Sama ada pembaca lama, muka baru, yang membaca HM versi cetak atau di medium digital.

Dan seiring dengan itu juga saya bagi pihak semua warga kerja HM ingin menzahirka­n komitmen kami bagi memastikan HM terus unggul dan menjadi wadah yang bermanfaat kepada anda.

Ini bukan sekadar kata-kata retorik, sebaliknya disuarakan berasaskan fakta dan pencapaian yang kami yang sudah terbukti dan diperakui sepanjang 26 tahun lalu.

Ketika ada pihak memandang sinis di peringkat awal penerbitan HM dan dengan kata-kata HM hanya mampu bertahan tak sampai setahun, kami gigih menafikan kata-kata itu.

HM yang muncul sebagai tabloid harian bahasa Melayu pertama di negara ini, bukan sekadar mampu bertahan sehingga lebih suku abad, malah pengedaran dan jumlah pembaca kami secara perlahan-lahan memintas akhbar arus perdana lain.

Hari ini, HM bukan saja boleh berbangga dengan jumlah pembaca akhbar versi cetak paling ramai di negara ini iaitu 3.17 juta orang sehari, malah statistik terkini agensi kaji selidik menunjukka­n kami turut mengunggul­i carta akhbar versi digital.

Bagi memenuhi kehendak pembaca generasi baru yang inginkan berita dan maklumat dengan pantas, lebih selesa menatap lembaran akhbar di telefon bimbit selain dilengkapi dengan paparan audio dan video, kami sudah sediakan semua itu untuk anda.

Ini kerana, kandungan HM kini turut boleh diikuti menerusi laman web, versi akhbar elektronik, MetroTV serta pelbagai platform laman sosial seperti Facebook (FB), Twitter, YouTube dan Instagram.

Alhamdulil­lah, kerja keras kami untuk menarik golongan muda dan mesra digital ini untuk bersama HM membuahkan hasil apabila statistik terkini menunjukka­n kami memiliki 12 juta pengikut di laman sosial.

Justeru, izinkan saya sekali lagi mengucapka­n terima kasih kepada anda semua yang masih setia membaca dan menjadi pengikut HM. Zaman berubah, anda berubah dan kami juga pantas berubah bagi memenuhi kehendak anda.

Kami hargai kesetiaan anda untuk terus bersama kami. Tidak kiralah sama ada anda mengikuti HM menerusi versi akhbar cetak, laman web, aplikasi telefon bimbit, tablet, laman sosial dan sebagainya.

Yang nyata, anda masih bersama kami. Insya-Allah HM dan pembacanya berpisah tiada. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia