Harian Metro

Gigih pelihara ketam nipah

-

Kuala Perlis: Meminati spesies ketam nipah sejak usia 16 tahun, warga emas Din Abdullah, 73, dari Kampung Pulau Ketam, di sini, gigih menjalanka­n penternaka­n ketam nipah atau ketam batu sejak lebih 15 tahun lalu.

Din atau lebih dikenali sebagai Pak Din dalam kalangan penduduk setempat memulakan usaha itu sejak 2002 atas faktor kesedaran bahawa tiada pengusaha yang sanggup mengambil risiko bagi memulihara spesies rustasia berkenaan.

“Hampir semua pengusaha yang saya jumpa sering bertanya soal keuntungan melalui penternaka­n ketam nipah ini kerana permintaan­nya yang begitu tinggi sejak beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Menurutnya, sejak mengusahak­an penternaka­n ketam nipah, soal pulangan dan keuntungan adalah perkara kedua, malah kerana minat juga dia sanggup meneruskan penternaka­n itu meskipun beberapa kali mengalami kerugian sebelum ini.

Ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Pulau Ketam, Din mengakui ramai yang keliru mengenai habitat, tabiat pemakanan dan kawasan yang sesuai memelihara ketam nipah.

“Ketam nipah ini hidup dalam lubang air yang biasa dilihat di tepi sungai malah ia juga mampu bertahan selama beberapa hari dalam lubang tanpa air.

“Penjagaan ketam nipah ini sukar dan kos tinggi diperlukan terutama untuk makanan,” katanya.

Katanya, beberapa pengusaha ketam nipah di sekitar kawasan Kuala Perlis turut menemuinya untuk mengetahui cara penjagaan ketam nipah yang makanan utamanya ikan.

“Menternak ketam nipah ini perlu teliti dari segi penjagaan makanannya agar ia dapat hidup lebih lama.

“Pengalaman saya tabiat pemakanan ketam nipah mudah kerana seekor ikan daripada spesies tenggiri dan tamban boleh dikongsi untuk lima ke enam ekor ketam.

“Ketam nipah ini agak memilih dan hanya makan ikan segar. Jika ikan lama ia berbau dan boleh memberi kesan kepada kualiti air,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pemakanan ketam perlu diukur mengikut kuantiti ketam nipah yang dipelihara.

“Jika ada seribu ekor ketam nipah dalam kolam, kuantiti ikan diperlukan cukup 15 kilogram sehari.

“Melalui anggaran yang tepat atau hampir tepat tidak akan membazirka­n ikan yang diberi memandangk­an ikan tamban boleh diperoleh dengan harga seekor 20 ke 30 sen seekor,” katanya.

Begitupun, Din menasihati penternak ketam yang baru menceburi industri itu bahawa habitat ketam nipah lazimnya di kawasan paya bakau iaitu air payau.

 ??  ?? KAWASAN kolam ternakan milik Pak Din terbiar akibat air laut surut di Kuala Perlis.
KAWASAN kolam ternakan milik Pak Din terbiar akibat air laut surut di Kuala Perlis.
 ?? Pak Din ?? Ketam nipah ini agak memilih dan hanya makan
ikan segar
Pak Din Ketam nipah ini agak memilih dan hanya makan ikan segar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia