Harian Metro

KRSWP tutup sepenuhnya

- Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (MPM25004) Pengarah Hospital Kuala Lumpur

Perkhidmat­an Jabatan Pesakit Luar dan juga Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat (KRSWP) yang beroperasi di bangunan Jabatan Pesakit Luar HKL (waktu operasi jam 5 petang sehingga 11 malam) akan ditutup sepenuhnya mulai 3 April 2017.

Orang ramai yang ingin mendapat rawatan pesakit luar boleh ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) di Jalan Fletcher terletak bersebelah­an Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher (berhampira­n Taman Tasik Titiwangsa). KKKL Jalan Fletcher akan mula beroperasi sepenuhnya 3 April depan dan di bawah pentadbira­n Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

KKKL akan menjadi klinik kesihatan terbesar di Malaysia dan perkhidmat­annya sama seperti klinik kesihatan lain iaitu Perkhidmat­an Pesakit Luar, Perkhidmat­an Pergigian, Perkhidmat­an Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak dan Perkhidmat­an Rehabilita­si.

Sementara perkhidmat­an lain yang menyokong pengoperas­ian klinik itu adalah perkhidmat­an makmal, radiologi dan juga farmasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia