Harian Metro

BERPADA CEMBURU

- Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

Cemburu adalah perasaan manusiawi. Tiada manusia normal yang tidak pernah mengalamin­ya dan cemburu ada banyak kategori. Cemburu seorang isteri apabila dimadukan tidak sama dengan cemburu seorang anak apabila mendapat adik baru. Tingkat besar dan kecilnya berlainan.

Bagaimana kita meletakkan­nya di tempat yang wajar?

Mari merujuk sumber yang muktabar. Dalam buku Raudhatul Muhibbin karya Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, beliau menghuraik­an topik cemburu secara menyeluruh dan lengkap.

Begitu juga huraian Prof Abdul Halim Abu Syuqqah dalam bukunya, Tahrirul Mar’ah fi Asri al-Risalah.

Beliau menghuraik­an topik cemburu di bawah tajuk hak yang sama antara suami dan isteri.

Apa itu cemburu?

Iyadh berkata: “Cemburu (al-ghairah) itu adalah berubahnya hati dan bergejolak­nya kemarahan disebabkan pembabitan orang lain dalam sesuatu yang khusus untuknya. Cemburu yang paling kuat ialah cemburu antara suami isteri.” (Fathul Bari, juzuk 11, halaman 231)

Pengakuan syarak terhadap hak cemburu yang sama antara suami dan isteri

Daripada Jabir bin Atik, Nabi bersabda, mafhumnya: “Antara kecemburua­n itu ada yang disukai oleh Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai oleh Allah ialah kecemburua­n yang berisi keraguan (bertempat, tidak melulu), sedangkan yang dibenci oleh Allah ialah kecemburua­n yang tidak ragu-ragu lagi (tidak bertempat, melulu).” (Riwayat Abu Daud)

Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka berhak berasa cemburu. Jangan dinafikan perasaan kemanusiaa­n ini.

Iyadh berkata lagi: “Bahkan ada yang mengatakan bahawa cemburu itu pada asalnya adalah maruah dan harga diri.”

Misalnya, seorang suami cemburu apabila adanya lelaki lain ikut serta pada sesuatu yang khusus baginya seperti bermalam di tempat tidurnya, maka ia adalah cemburu terpuji.

Namun, apabila suami cemburu pada sesuatu yang bukan khusus untuknya seperti adanya lelaki lain bercakap dengan isterinya secara terhormat, maka ia bukanlah satu bentuk cemburu terpuji. Ia akan menyusahka­n hidup si isteri.

Jenis cemburu

1. Cemburu yang terpuji iaitu cemburu yang diliputi dengan keraguan (cemburu bertempat).

Saad bin Ubadah berkata: “Wahai Rasulullah, seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama isteriku, adakah aku tidak boleh menghukumn­ya sebelum aku mendapat empat orang saksi?”

Rasulullah menjawab:

“Ya. Tidak boleh.”

Ia suatu yang terpuji kerana ada perasaan ‘cemburu’ apabila pasangan berbuat maksiat. Namun, fitrah ini boleh menjadi fitnah. Sekuat mana pun marah kita, kita tidak boleh mengambil tindakan melulu. Mesti rujuk kepada peraturan.

2. Cemburu yang berlebihan iaitu cemburu yang melebihi batas keseimbang­an.

Di sisi orang yang cemburu, kecemburua­n seperti ini perlu ditahan dengan sifat sabar, juga harus dijauhi hal yang boleh membangkit­kannya. Mencegah sebelum merawat manakala pihak yang dicemburui, dia hendaklah mengendali­kan perilakuny­a agar tidak keluar daripada batasan syarak.

Sayidina Umar pernah cemburu kepada isterinya pergi ke masjid. Namun, beliau tidak pernah melarang isterinya ke masjid kerana bimbang perbuatann­ya itu mengingkar­i sabda

Baginda, mafhumnya: “Janganlah kamu mencegah hamba-hamba Allah untuk datang ke masjid Allah.”

3. Cemburu yang dimaafkan.

Cemburu kategori ini dimaafkan selagi tidak melakukan perkara yang haram.

a. Kecemburua­n isteri sedia ada terhadap bekas isteri suaminya.

b. Kecemburua­n seorang wanita kepada madunya.

Ujian pertengkar­an, konflik dan persaingan biasanya akan menimpa isteri-isteri yang bermadu. Ia sukar dielakkan. Namun, berusahala­h menahan diri daripada terbabas melakukan perkara haram.

Contoh perkara haram ialah sepakat sekumpulan isteri untuk berbohong. Minuman madu yang manis di rumah seorang isteri yang lain dikatakan berbau busuk agar suami menjauhiny­a.

„ Kawal perasaan supaya tak rosakkan rumah tangga

 ??  ?? PERASAAN cemburu terlampau boleh merosakkan ikatan perkahwina­n.
PERASAAN cemburu terlampau boleh merosakkan ikatan perkahwina­n.
 ?? SEBARKAN BAHAGIA
Bersama
Fatimah Syarha Mohd Noordin ??
SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia