Harian Metro

PENGASUH NAFI DERA BUDAK

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

„ Wanita tidak mengaku bersalah sebabkan kematian kanak-kanak di bawah jagaannya

Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan niat menyebabka­n kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika dalam jagaannya di sebuah pangsapuri di Sungei Way, di sini, pada 14 Mac lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Gloria Erren Liwie, 23, berasal dari Sarawak sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia yang mempunyai seorang anak didakwa dengan sengaja menyebabka­n kematian kanak-kanak itu, jam 1 tengah hari dan 4 petang di Blok A Apartmen Impian Baiduri dan dakwaan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V V Suloshani tidak menawarkan sebarang jaminan. Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya diikat jamin atas alasan dia mempunyai seorang bayi berusia 11 bulan.

Mahkamah kemudian membenarka­n jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan selain tertuduh dilarang mengganggu saksi dan keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh diarahkan untuk melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan menetapkan 24 April depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian itu, kanak-kanak malang berkenaan didapati tidak sedarkan diri ketika di bawah jagaan tertuduh dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.40 petang ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, akibat didera.

Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang dan menetap di Sea Park di sini, dikatakan menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh jam 1 tengah hari dan mengambil anaknya tiga jam kemudian sebelum mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri.

 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ?? GLORIA dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.
FOTO: SAIRIEN NAFIS GLORIA dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia