Harian Metro

Dijel 7 tahun rompak lelaki Myanmar

-

Padah melakukan rompakan berkumpula­n ke atas seorang lelaki warga Myanmar, seorang penganggur dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhka­n hukuman itu terhadap S Sathiya, 29, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya dan memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n dengan mengambil wang tunai RM550 dan sebuah telefon bimbit milik Tual Sian Sang, 27.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah memberikan hukuman ringan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia