Harian Metro

Bapa 3 anak mengaku merompak

-

Gara-gara merompak wang milik sebuah kedai runcit dengan bersenjata­kan pisau, seorang bapa tiga anak dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhka­n hukuman itu terhadap pembantu gerai donut, Badlishah Adnan, 39, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan itu dan memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada

18 Mac lalu.

Mahkamah juga menjatuhka­n hukuman denda RM1,200 kepada tertuduh yang mengaku salah atas pertuduhan gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak lelaki warga Indonesia, Ahmad Sonate Usman, 29, iaitu wang tunai RM600 milik kedai runcit Rosco Global Resources bersenjata­kan sebilah pisau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia