Harian Metro

IMPIAN JADI NYATA

-

„ 18 Orang Asli peluk Islam dalam Program Ziarah Dakwah anjuran MUIP Pekan

“Sudah lama sebenarnya saya mahu memeluk Islam, cuma hasrat itu dipendamka­n atas beberapa faktor namun hari ini (kelmarin) impian saya menjadi kenyataan malah saya dapat merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Lebih manis lagi, saya turut disatukan dengan jejaka pilihan pada majlis ini dan berharap suami akan dapat membimbing saya untuk menjadi Muslim sejati serta taat kepada ajaran Islam,” kata remaja Orang Asli, Sarina Bah Chatu, 16.

Dia antara 18 Orang Asli memeluk Islam dalam Program Ziarah Dakwah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Pekan di pekarangan surau Kampung Orang Asli Menchupu, di sini.

Sarina yang berasal dari Tapah, Perak memaklumka­n, dia berkenalan dengan suaminya, Hairul Abdullah Hasim, 27, kira-kira lapan bulan lalu dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mendapat persetujua­n dari keluarga kedua-dua pihak.

Katanya, dia sebelum ini yang tidak mempunyai agama namun tertarik dengan Islam sejak beberapa tahun lalu selepas bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam.

“Biarpun bergelar saudara baru, saya menanam azam untuk menjadi seorang Muslim yang patuh dan taat kepada ajaran Islam, ilmu agama yang ada pada suami diharap dapat dikongsi bersama dalam usaha membina keimanan yang kukuh.

“Rumah tangga yang bertunjang­kan agama akan lebih bahagia dan mampu bertahan hingga ke akhir hayat,” kata anak kelima daripada lapan beradik ini.

Selain mengislamk­an masyarakat Orang Asli, program selama dua hari ini juga turut meraikan 19 pasangan pengantin, melakukan ziarah dakwah ke rumah penduduk setempat, persembaha­n kebudayaan Islam dan sukaneka.

Hadir sama, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP cawangan Pekan Muhammad Hafidz Abdul Halim.

Sementara itu, Muhammad Hafidz berkata, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini pihaknya mengislamk­an seramai 24 Orang Asli di daerah ini dalam program ziarah dakwah dianjurkan MUIP. “Untuk memastikan saudara baru dalam kalangan Orang Asli mendapat bimbingan secara berterusan, aktiviti dakwah dan pendidikan agama akan terus diadakan di kawasan penempatan oleh penggerak yang dilantik,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Hairi mengislamk­an Orang Asli pada Program Ziarah Dakwah di pekarangan surau Kampung Orang Asli Menchupu, kelmarin.
AHMAD Hairi mengislamk­an Orang Asli pada Program Ziarah Dakwah di pekarangan surau Kampung Orang Asli Menchupu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia