Harian Metro

Warga asing maut terjatuh

-

Putrajaya: Seorang buruh binaan warga Nepal maut selepas terjatuh dari tingkat 23 di sebuah tapak binaan bangunan di Presint 7, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 8.50 pagi di tapak binaan bangunan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, mangsa yang dikenali sebagai Bhim Bahadur Katuwal, 31, itu maut serta merta akibat cedera parah di kepala selain putus kaki kiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia