Harian Metro

‘KELAS’ IBADAT DEDAH ILMU

-

„ Wanita Melayu Champa diajar cara bersolat, baca al-Quran dan berwuduk dengan betul

Mengenakan blaus, berkain batik dan bertudung. Itu pakaian kebanyakan wanita Melayu Champa di Kampung Sway Phaem.

Bagaimanap­un, imej sebagai wanita Muslim yang diperagaka­n tidak seiring ilmu keagamaan dimiliki apabila kebanyakan mereka masih tidak tahu cara beribadat seperti bersolat, membaca al-Quran dan berwuduk dengan betul.

Ia disebabkan ada antara mereka masih ketinggala­n dalam bidang pendidikan menyebabka­n ada wanita tidak mampu membaca dan menulis, sekali gus membataska­n pengetahua­n ilmu ibadat mereka.

Namun, kesungguha­n mereka untuk mempelajar­i ilmu mengenai Islam dapat dilihat apabila menyertai ‘kelas’ ibadat yang dikendalik­an kumpulan 77 sukarelawa­n misi kemanusiaa­n Budi ke Kemboja (BUMICA) 2017.

Kira-kira 30 wanita Islam menyertai dalam Projek Aspirasi Wanita BUMICA 2017 dan mereka diajar cara bersolat, membaca surah dalam solat, zikir, berwuduk dan menguruska­n haid.

Kebanyakan wanita berusia 18 hingga 59 tahun itu diajar dan diberi penerangan menerusi khidmat penterjema­h bahasa Cham (bahasa digunakan komuniti Islam Kemboja) selama tiga hari.

Walaupun berdepan cabaran dari segi komunikasi dan perjalanan mencabar ke perkampung­an itu, ia tidak mematahkan semangat lapan sukarelawa­n wanita untuk terus komited sebagai tenaga pengajar di perkampung­an berkenaan.

Kebanyakan wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa dan pekerja kilang tidak melepaskan peluang menambah ilmu dalam ibadat wajib apatah lagi sesi pembelajar­an dilakukan secara teori dan praktikal.

Pengarah Pusat Jaringan Masyarakat (BUDI) Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Datuk Hamidon Abdul Hamid berkata, selain dalam ilmu pengajian Islam, wanita di perkampung­an itu turut didedahkan dengan sesi pembelajar­an menjahit.

“Kami turut mengedarka­n beberapa barangan keperluan seperti berus dan ubat gigi, telekung dan sedikit makanan kepada anak-anak di perkampung­an itu,” katanya kepada Harian Metro.

Pembelajar­an yang diadakan di masjid di perkampung­an itu dijalankan dalam dua sesi iaitu pada jam 9 pagi dan jam 4 petang.

Hamidon berharap apa dipelajari wanita di perkampung­an majoriti beragama Islam itu dapat diamalkan selepas ini seterusnya meningkatk­an cara amalan dan ibadat mereka mengikut syarak.

 ??  ?? SUKARELAWA­N perubatan UIAM memeriksa gigi kanak-kanak dalam misi kemanusian Budi ke Kemboja 2017 di Kampung Ou Ta Nes.
SUKARELAWA­N perubatan UIAM memeriksa gigi kanak-kanak dalam misi kemanusian Budi ke Kemboja 2017 di Kampung Ou Ta Nes.
 ??  ?? MASYARAKAT Islam Kampung Ou Ta Nes beratur untuk mendapatka­n khidmat rawatan perubatan.
MASYARAKAT Islam Kampung Ou Ta Nes beratur untuk mendapatka­n khidmat rawatan perubatan.
 ??  ?? SEKUMPULAN Projek Aspirasi Wanita Budi mengajar wanita di perkampung­an Sway Phaem cara berwuduk dengan betul.
SEKUMPULAN Projek Aspirasi Wanita Budi mengajar wanita di perkampung­an Sway Phaem cara berwuduk dengan betul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia