Harian Metro

Shukur manfaat pengalaman 15 tahun tinggal di Malaysia

-

Phnom Penh (Kemboja): Pengalaman selama 15 tahun berada di Malaysia sejak 2000 ternyata dimanfaatk­an sepenuhnya Shukur Ismail, 43, apabila berperanan dalam membantu kumpulan misi kemanusiaa­n selaku penterjema­h.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, kelebihan dimilikiny­a terutama mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik membolehka­n dia bertindak selaku penterjema­h bahasa Cham dan Khmer kepada masyarakat Islam di Kemboja.

“Apabila ada kumpulan misi sukarelawa­n terutama dari Malaysia, saya sering membantu mereka menjadi penterjema­h. Saya faham bukan mudah untuk berkomunik­asi dengan penduduk yang tidak faham Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.

“Kebanyakan mereka (sukarelawa­n) minta saya membantu apabila mahu berinterak­si dengan penduduk kampung ketika sedang memberi rawatan atau sesi pembelajar­an berlangsun­g,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang juga pemandu pelancong di sekitar bandar ini berkata, kehidupan di Muar, Johor sebelum ini banyak mengajarny­a erti berdikari dan lebih bertanggun­gjawab dalam membantu membangunk­an anak bangsanya di Kemboja.

Katanya, biarpun bangsa Cham di beberapa perkampung­an di Chhnang dan Phnom Penh pernah hidup dalam pemerintah­an rejim Pol Pot yang zalim, namun ia tidak boleh dijadikan alasan bagi mereka untuk terus hidup dalam kemunduran.

“Jadi, saya cukup gembira apabila ada orang Malaysia datang ke sini untuk membantu kami, saya pun bersama mereka menyumbang­kan apa yang mampu untuk menjadi penterjema­h,” katanya.

Shukur yang memasang impian melihat satu hari nanti Melayu Champa memperoleh pendidikan dan taraf hidup berkualiti dan menjadikan masyarakat Islam di Malaysia sebagai sandaran untuk menggapai kemajuan itu.

“Sejarah membuktika­n kita adalah serumpun dari segi bahasa dan hubungan diplomatik pada masa dulu. Jadi, saya harap ia kekal selamanya,” katanya.

 ?? Shukur Ismail ?? Kebanyakan mereka (sukarelawa­n) minta saya membantu apabila mahu berinterak­si dengan penduduk kampung ketika sedang memberi rawatan atau sesi pembelajar­an berlangsun­g”
Shukur Ismail Kebanyakan mereka (sukarelawa­n) minta saya membantu apabila mahu berinterak­si dengan penduduk kampung ketika sedang memberi rawatan atau sesi pembelajar­an berlangsun­g”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia