Harian Metro

DUA LAGI DIBURU

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Polis tangkap tiga pencuri kereta mewah Geng penjenayah larikan kenderaan

guna alat pengimbas frekuensi

Bukan saja memecah masuk rumah malah satu kumpulan penjenayah dianggotai lima individu mampu melarikan kereta mewah di kediaman mangsa dengan menghidupk­annya menggunaka­n alat pengimbas frekuensi.

Bagaimanap­un, kelicikan penjenayah yang aktif sejak enam bulan lalu berakhir apabila tiga daripada mereka ditahan ketika merancang mencuri kenderaan mewah di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, hasil risikan, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s menahan tiga suspek terbabit di sebuah inap desa.

“Melalui bantuan anggota Balai Polis Nibong Tebal, kami dapat menahan tiga lelaki yang juga suspek berusia 30 tahun hingga 39 tahun.

“Hasil soal-siasat, kami menemui lima kereta mewah dan pelbagai peralatan pecah rumah serta curi kenderaan daripada suspek,” katanya pada sidang media di IPD Brickfield­s, semalam.

Beliau berkata, tiga kereta curi berkenaan ditemui di Nibong Tebal dan masing-masing sebuah di Kota Damansara serta Jalan Klang Lama dengan nilai rampasan lebih RM900,000.

“Penjenayah terbabit dengan lebih 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Kuala Lumpur. Taktik digunakan ialah memecah masuk rumah sebelum melarikan kereta mewah sama ada menggunaka­n kunci asal atau alat pengimbas frekuensi.

“Alat pengimbas frekuensi ini dapat mengesan dan menghidupk­an enjin tanpa menghidupk­an penggera keselamata­n,” katanya.

Menurut beliau, penjenayah mencuri kereta atas permintaan dan tidak fokus di sesebuah negeri saja.

“Kami dapati mereka ke Pulau Pinang untuk mencuri kereta namun ia dapat dipatahkan.

“Kami masih mengesan dua lagi ahli kumpulan terbabit dikenali sebagai Lee Woon Fong yang berusia 36 tahun dan Yeo Yong Kuang yang berumur 33 tahun,” katanya.

 ??  ?? SHARUL menunjukka­n gambar suspek dan barangan rampasan kes samun ketika sidang media di IPD Brickfield­s, Sri Petaling.
SHARUL menunjukka­n gambar suspek dan barangan rampasan kes samun ketika sidang media di IPD Brickfield­s, Sri Petaling.
 ??  ?? ANTARA barang yang dirampas selepas menahan tiga suspek curi kereta mewah.
ANTARA barang yang dirampas selepas menahan tiga suspek curi kereta mewah.
 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? YEO
YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia