Harian Metro

Sasar turun 30 peratus karbon dalam lima tahun

-

Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) yakin mampu mencapai sasaran 30 peratus penurunan karbon dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi pelaksanaa­n program yang menggunapa­kai Sistem Penilaian dan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF).

Yang Dipertua MPAJ Abd Hamid Hussain berkata, bermula tahun ini mereka menggunapa­kai LCCF dengan menekankan lima sektor utama bagi pembanguna­n teknologi hijau merangkumi tenaga, pengangkut­an, bangunan pengurusan sisa pepejal dan air selaras dengan Pelan Induk Teknologi Hijau Negara dan Smart Selangor.

“Berdasarka­n kajian dijalankan MPAJ bersama perunding The Carbon Trust pada 2016, MPAJ mampu menurunkan 30 peratus karbon pada tahun 2022 melalui pelaksanaa­n program rendah karbon antaranya menaik taraf lampu jalan kepada penggunaan LED, menggunaka­n sistem pengurusan tenaga efisien dan lebih jimat elektrik serta menaik taraf sistem pendingin hawa kepada tenaga lebih rendah.

“Ini antara program permulaan akan kami lakukan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat selain menggalakk­an masyarakat di Ampang Jaya menggunaka­n kenderaan awam di samping penggunaan kenderaan elektrik seperti basikal dan motosikal.

“Kempen ini akan kita lakukan dalam tempoh lima tahun membabitka­n kos keseluruha­n kira-kira RM15 juta sepertiman­a yang dicadangka­n The Carbon Trust,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia