Harian Metro

Pasar baru untuk 100 peniaga

-

Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) akan mewujudkan tapak pasar baru yang lebih selesa bagi 100 peniaga pasar pagi dan pasar malam di Bandar Sungai Long, di sini.

Yang Dipertua MPKj Mohd Sayuthi Bakar berkata, lokasi tapak pasar berkenaan adalah berhampira­n dengan tapak asal pasar sebelum ini.

“Proses menyiapkan tapak baru pasar itu masih dalam perbincang­an dan sesi dialog bersama peniaga juga

“Ketika ini, pihak kami melihat susun atur tapak berkenaan dan jangka masa untuk menyiapkan tapak akan mengambil tempoh tiga bulan kerana banyak proses perlu dijalankan,” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Penuh Bulanan MPKj di sini, semalam.

Sayuthi berkata, pada peringkat awal ada juga bantahan dilakukan daripada peniaga terhadap tapak baru pasar itu.

“Pihak kami sudah mengenal pasti pihak yang mengutarak­an bantahan berkenaan dan mereka adalah peniaga yang tidak berdaftar di bawah MPKj.

“Tujuan mewujudkan tapak baru di sini adalah untuk mengurangk­an kesesakan di kawasan pasar dan mungkin pada peringkat awal peniaga akan membantah tetapi bila tapak baru siap, peniaga akan rasa bersyukur kerana perniagaan mereka akan bertambah maju.

“Kita nak jadikan kawasan ini sejahtera dan cantik, tak nak nampak peniaga berniaga di atas jalan yang sesak itu,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia