Harian Metro

DITINGGAL IBU

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Remaja galas tanggungja­wab urus adik

Seorang remaja lelaki yang masih bersekolah menggalas tanggungja­wab menjaga dua adik lelakinya selepas ketiadaan ibu mereka, dua tahun lalu.

Mohd Shahrul Nizam Nasir, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 1, di sini bersama dua adiknya, Mohd Saiful Iman, 11, dan Mohd Saiful Bukari, 7, masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, kini tinggal di rumah tinggalan keluargany­a yang terletak di Kampung Binjai, Banggu.

Penjaga mereka adalah ibu saudara dan saudara-mara yang tinggal berdekatan yang tidak berkira untuk menjamu mereka makan atau melihatkan keperluan mereka.

Mohd Shahrul Nizam berkata, ibunya, Suhailani Wahab, 38, meninggalk­an mereka selepas menerima tawaran bekerja pada Disember 2015.

“Sejak itu, kami tinggal sendirian dan saya sebagai abang lebih berusia akan tengokkan dua adik. Ayah sudah lima tahun meninggal dunia kerana penyakit paru-paru berair.

“Hidup kami penuh dugaan dan penderitaa­n terutama selepas ibu yang sebelum ini jadi tempat bergantung harap, tidak lagi pulang ke rumah menjenguk kami.

“Namun, semua ini menjadikan saya lebih kuat dan perlu tabah untuk adik yang masih kecil,” katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu memberitah­u, perbelanja­an persekolah­an mereka ditanggung dua abang yang baru empat bulan bekerja di Singapura.

“Abang kirimkan wang belanja setiap hari manakala ibu saudara yang tinggal berdekatan di sini jadi tempat kami menumpang kasih.

“Disebabkan kesempatan hidup juga, adik perempuan, Nur Azlina, 14, tinggal di Asrama Anak Yatim Taman Sabariah sejak Januari lalu,” katanya.

Prihatin dengan nasib tiga beradik itu, sukarelawa­n Info Semasa Kubang Kerian (ISKK) ke kediaman mereka untuk bertanya khabar dan menyampaik­an sumbangan.

Pengerusin­ya, Mohamad Affandi Mohamad berkata, sumbangan wang ringgit diharap dapat menampung perbelanja­an mereka.

 ?? FOTO: HAZIRA AHMAD ZAIDI ?? MOHD Shahrul Nizam (tengah) bersama dua adiknya Mohd Saiful Iman dan Mohd Saiful Bukari ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Binjai.
FOTO: HAZIRA AHMAD ZAIDI MOHD Shahrul Nizam (tengah) bersama dua adiknya Mohd Saiful Iman dan Mohd Saiful Bukari ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Binjai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia