Harian Metro

Lelaki hina Sultan Johor ditahan

-

Padah menghina institusi diraja, seorang lelaki ditahan polis di Baling, Kedah, selepas disyaki sebagai individu yang memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam laman sosial Facebook, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pada jam 2.20 petang kelmarin, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerima satu laporan berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dalam laman sosial berkenaan.

Katanya, bertindak atas laporan berkenaan, pihaknya membuka kertas siasatan bagi mengesan individu dipercayai melakukan perbuatan itu.

“Kami bekerjasam­a dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Kedah dan berjaya menahan seorang lelaki di pekarangan Balai Polis Baling, Kedah pada jam 6.30 petang kelmarin.

“Kami percaya lelaki itu adalah individu yang bertanggun­gjawab memuat naik kenyataan jelik terbabit.

“Kami merampas tiga telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori dan pena pemacu daripada suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia