Harian Metro

DAH BOLEH GENGGAM

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my

„ Dua kanak-kanak gembira terima

tangan cetakan tiga dimensi

Impian seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Nur Faqihah Maisarah Azmi, 10, menggengga­m tangan kiri seperti kanak-kanak normal tercapai apabila menerima tangan cetakan tiga dimensi (3D).

Ibunya, Siti Fatimah Ambok Jamrok, 28, berkata hadiah itu disifatkan pelengkap hidup anaknya yang merasai kekurangan sejak dilahirkan dan sentiasa sedih apabila kawan-kawannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sinaran Tampok, Benut, Pontian, sering bertanya mengenai keadaan fizikalnya.

“Ketika pulang dari sekolah, ada kalanya anak saya murung kerana kawan-kawannya sering bertanya keadaan fizikalnya yang serba kekurangan, namun sebagai ibu saya berusaha memujuknya supaya tidak terus bersedih.

“Saya bersyukur dengan pemberian ini, sekurang-kurangnya anak sulung saya ini tidak lagi berasa kekurangan dalam dirinya dan kini mampu menggengam tangan kiri.

“Saya dapat tahu mengenai tangan 3D ini menerusi bacaan dalam Internet dan apabila mendapat tahu mengenai sumbangan dibuat ini, Disember lalu, saya terus bertanya untuk mengetahui­nya dengan lebih lanjut,” katanya selepas majlis serahan tangan 3D kepada Nur Faqihah Maisarah dan Puteri Nurdini Abdullah, 8, dalam satu majlis di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, dia dan suami tidak menjangka pertanyaan mereka mendapat maklum balas baik dan anaknya berpeluang mendapat tangan 3D secara percuma.

Pekerja pramusaji kantin asrama itu berkata, dia hanya mengetahui keadaan Nur Faqihah Maisarah selepas melahirkan­nya namun dia dan suami, Azmi Mohd Hassan, 35, reda dengan keadaan anaknya itu.

“Jari tangan kiri anak tidak seperti kanak-kanak lain dan ini menyebabka­n dia tidak boleh mengengam tangan kirinya seperti biasa dan tidak mampu mengangkat benda berat.

“Malah, jari kakinya pula bercantum dan ada kala dia terpaksa memakai stoking kerana malu sedangkan dia sebenarnya tidak selesa. Hanya selipar tertentu saja yang boleh dipakainya,” katanya.

Tangan itu disumbangk­an syarikat Myvista, sebuah syarikat menghasilk­an tangan berasaskan teknologi 3D bernilai RM5,000 menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Ia direka Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Sujana Mohd Rejab.

Pada masa sama, ibu Puteri Nurdini, Nor Zaliza Ismail, 37, tidak menyangka anaknya yang bersekolah di SK Taman Skudai Baru berpeluang mendapat tangan 3D secara percuma.

“Ketika di dalam kandungan, tangan kanan anak saya terlilit pusat menyebabka­n tangannya tidak membesar dan perkara ini hanya diketahui selepas melahirkan­nya.

“Mujurlah anak saya seorang kidal dan segala urusan dia lakukan dengan tangan kiri. Kami bersyukur dengan bantuan ini dan berharap dapat membantu Puteri Nurdini menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa,” katanya.

 ??  ?? NUR FAQIHAH (kiri) dan Puteri Nurdini (kanan) menunjukka­n tangan 3D diterima mereka.
NUR FAQIHAH (kiri) dan Puteri Nurdini (kanan) menunjukka­n tangan 3D diterima mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia