Harian Metro

Peluang berinterak­si bersama wakil universiti

-

Nilai: Kira-kira 30,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Zon Tengah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, selama dua hari bermula hari ini.

Karnival anjuran Kementeria­n Pendidikan Tinggi itu bermula sejak Februari lalu dan diadakan di Kelantan seterusnya Perlis, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ketua Bahagian Pengurusan Akademik USIM, Hammad Farhi Mohd Saudi berkata, KPTN memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), diploma dan setaraf untuk mendapatka­n maklumat mengenai universiti, kolej dan politeknik pilihan mereka.

Menurutnya, terdapat 150 ruang pameran pendidikan oleh universiti awam, kolej swasta, politeknik, institut kemahiran awam dan kolej komuniti.

“Pelajar berpeluang bersemuka dengan wakil universiti awam dan swasta serta badan pembiaya pendidikan untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai peluang kemasukan dan program bersesuaia­n yang ditawarkan.

“Terdapat juga seminar kemasukan pelajar sebagai pendedahan dan maklumat mengenai kemasukan, penawaran kursus oleh institusi pendidikan, penajaan dan peluang kerjaya selepas tamat pengajian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, katanya, pengunjung yang hadir juga berpeluang menyertai pelbagai pertanding­an dan melihat pameran penyelidik­an, demonstras­i, aktiviti sukan serta gerai jualan.

Turut dibawakan penampilan istimewa Siti Nordiana, Caliph Buskers dan Didi & Friends.

 ??  ?? KPTN 2017 diadakan di USIM bermula hari ini.
KPTN 2017 diadakan di USIM bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia