Harian Metro

ISTIMEWA

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

„ Peniaga guna bekas air menarik pikat pelanggan

Deretan balang berwarna-warni persis seperti di majlis perkahwina­n menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Beserah, di sini, malah ada yang berhenti untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Warna pelbagai jenis air yang diisi di dalam balang kaca itu bukan saja ‘menggiurka­n’ mata, malah boleh dilihat dari jauh.

Justeru, tidak hairanlah gerai milik Zulaimi Ahmad, 46, sentiasa dikunjungi pelanggan.

Katanya, dia menjalanka­n perniagaan menjual air sejak enam bulan lalu menggunaka­n balang yang sering digunakan dalam majlis perkahwina­n sebagai satu kelainan.

“Dengan hanya membuka gerai kecil di tepi jalan, ia

air lebih mudah kepada pelanggan untuk singgah dan memilih antara lapan hingga 12 jenis perisa air yang saya tawarkan.

“Semua air ini antara yang biasa dihidangka­n dalam majlis perkahwina­n, kesyukuran dan keraian. Antaranya ialah jagung, asam boi, laici, keladi, durian belanda dan tembikai susu,” katanya.

Katanya, dia menggunaka­n balang kaca kerana ia nampak menarik, malah warna air juga lebih terserlah.

“Gerai saya beroperasi empat hari seminggu iaitu Isnin hingga Khamis dan saya akan menukar dekorasi gerai setiap minggu bagi menarik pelanggan.

“Dekorasi seperti warna alas meja dan hiasan sampingan termasuk bunga dan bakul akan ditukar kerana saya mempunyai kelengkapa­n perhiasan berkenaan,” katanya.

Zulaimi berkata, dia memang sukakan kelainan kerana bukan sahaja menarik minat pelanggann­ya, malah ia satu kepuasan baginya.

“Alhamdulil­lah, setakat ini gerai air yang dibuka seawal jam 10 pagi hingga 5 petang mendapat sambutan memberangs­angkan terutama ketika musim panas,” katanya.

Sementara itu, katanya, dia bercadang menjual jus buah segar dalam tempoh terdekat untuk mempelbaga­ikan pilihan air di gerainya.

“Saya kini melatih pekerja mengisar dan memotong buah. Saya mahu memberi rasa buah asli kepada pelanggan tanpa dicampur sebarang perisa lain,” katanya.

 ??  ?? ANTARA air yang disaji Zulaimi dalam balang kaca unik pada majlis perkahwina­n.
ANTARA air yang disaji Zulaimi dalam balang kaca unik pada majlis perkahwina­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia