Harian Metro

DITUDUH AMAL BURUH PAKSA

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Seorang pengurus ladang kelapa sawit didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memperdaga­ngkan 15 individu termasuk dua remaja lelaki bagi tujuan eksploitas­i buruh paksa dengan cara ancaman dan kekerasan.

Tertuduh, L Ganis, 43, didakwa melakukan kesalahan itu dari April 2016 hingga Februari 2017 di Ladang Koperasi Kelapa Sawit Sdn Bhd, Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, dekat sini, membabitka­n mangsa lelaki dan wanita berusia antara 13 hingga 66 tahun.

Semua pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Jayanthi di hadapan Majistret Noorhidaya­h Mohd Saad, mengikut Seksyen 12, 13 dan 14, Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda.

Tertuduh turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 52 (3), Akta Pertubuhan 1966 kerana memiliki tatu lambang kumpulan kongsi gelap Geng 04 pada paha kanannya.

Ganis yang diwakili peguam SM Karunanant­han bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Pendakwa meminta mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan pertuduhan yang dihadapi Ganis serius dan mangsa adalah warga tempatan dikenali yang tertuduh yang dikhuatiri akan mengganggu mereka.

Pengurus ladang dihadapkan ke mahkamah perdagang 15 individu termasuk dua remaja lelaki dengan ugutan

Karunanant­han pula meminta mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin kerana kes dihadapi itu adalah kes yang layak diberi jaminan selain tertuduh mempunyai keluarga yang perlu ditanggung dan menghidap penyakit jantung serta mahkamah boleh mengeluark­an perintah larangan tertuduh menghampir­i mangsa.

Noorhidaya­h

kemudian menetapkan Isnin ini untuk pertuduhan dibacakan semula terhadap tertuduh di Mahkamah Sesyen, di sini oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.

Mahkamah memberitah­u, keputusan sama ada jaminan akan diberi atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh hakim pada hari berkenaan.

Bagi dakwaan terbabit dengan kumpulan kongsi gelap pula, Noorhidaya­h memaklumka­n pihaknya akan membuat keputusan berhubung jaminan selepas mendengar keputusan hakim Mahkamah Sesyen mengenai jaminan 15 pertuduhan ATIPSOM 2007 yang dihadapi Ganis.

Noorhidaya­h bagaimanap­un menetapkan 18 April ini sebagai tarikh untuk penyerahan dokumen mengenai kes kongsi gelap itu di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

Pada jam 1 pagi 26 Februari lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyelamat­kan 18 individu termasuk remaja dan kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa permedagan­gan orang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu.

 ??  ?? GANIS ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.
GANIS ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia