Harian Metro

HILANGNYA SEORANG SRIKANDI

- Siti Fatimah Hassan, Mahaizura Abd Malik dan Asrizal Aris am@hmetro.com.my

“Pemergian Allahyarha­mah membuatkan saya sedih kerana bukan saja kehilangan seorang lagi pejuang, malah pada masa sama sebagai saudara kerana arwah saya anggap macam keluarga sendiri,” kata Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Cawangan Taman Cheras Puan Sri Che Ashidah Minin.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu pejuang veteran kemerdekaa­n Datuk Siti Rahmah Kassim yang juga ahli Lembaga Pengarah Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad itu sebulan lalu ketika mengadakan lawatan bersama ahli koperasi berkenaan.

“Saya lihat dia terlantar...uzur dan tak boleh bercakap.

“Saya cukup menghormat­i dia bukan saja orang yang lebih tua daripada saya, tetapi sebagai keluarga sendiri sebab dia dan arwah suaminya begitu rapat dengan arwah suami saya Pak Melan (Tan Sri Melan Abdullah),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pengorbana­n dan jasa yang pernah disumbangk­an Siti Rahmah dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n tanah air dan UMNO tidak mungkin dapat ditukar ganti.

“Dari usia belasan tahun hingga ke akhir hayatnya saya mengenali dia sebagai seorang yang tak pernah menagih balasan daripada pengorbana­nnya,” katanya.

Siti Rahmah, 91, yang sanggup memberikan gelang emas hadiah perkahwina­nnya kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk membiayai perjalanan bapa kemerdekaa­n itu ke London, menghembus­kan nafas terakhir di rumah anaknya di Kelana Jaya, dekat sini, jam 10.55 pagi semalam kerana sakit tua.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya’akub berkata, pemergian wanita itu meninggalk­an kesan besar dan semangatny­a akan terus kekal dalam UMNO kerana pengorbana­n serta pejuangann­ya dalam membantu mencapai kemerdekaa­n.

“Bukan mudah untuk seseorang wanita berpisah dengan barang kemasnya, namun apa yang dilakukan beliau dipandang tinggi.

„ Siti Rahmah pejuang kemerdekaa­n

meninggal kerana sakit tua

“Arwah tidak memikirkan mengenai peribadiny­a seba liknya melakukan apa termampu untuk membantu mencapai kemerdekaa­n negara dan memang wajar dianugerah­kan penghargaa­n seperti Pingat Emas Tun Fatimah yang pernah yang diberi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, 100 ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormat­an terakhir kepada jenazah Allahyarha­mah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, di sini, jam 5.40 petang, semalam.

Menurut anak kedua Allahyarha­mah, Prof Puan Sri Rohaty Mohd Majzub, ibunya menghembus­kan nafas terakhir dalam keadaan sangat tenang di sisi mereka lima beradik.

“Lebih kurang setengah jam selepas kami membacakan surah Yassin, arwah menitiskan air mata dan menghembus­kan nafas terakhir,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PROF Rohaty (kiri) menyiram air mawar ke pusara ibunya, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.
SITI Rahmah
PROF Rohaty (kiri) menyiram air mawar ke pusara ibunya, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam. SITI Rahmah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia