Harian Metro

SYUKUR DIBANTU

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

„ SRA Blok P Sawah Sempadan, Masjid Darul Iman Kampung

Parit Serong terima peruntukan baik pulih bangunan Sekolah ini sudah berusia 60 tahun dan empat daripada dua blok bangunan masih berstruktu­r kayu. Pintu dan dinding juga rata-ratanya sudah dimakan anai-anai”

Salina Mat Saleh

Sekolah Rendah Agama (SRA) Blok P Sawah Sempadan dan Masjid Darul Iman Kampung Parit Serong di sini, antara yang masing-masing memperoleh peruntukan baik pulih bangunan berjumlah RM150,000 oleh kerajaan negeri, semalam.

Guru Besar SRA Blok P Sawah Sempadan Salina Mat Saleh, 53, berkata sumbangan yang diterima itu akan digunakan pihaknya sebaik mungkin untuk membaik pulih bangunan sekolah berkenaan.

“Sekolah ini sudah berusia 60 tahun dan empat daripada dua blok bangunan masih berstruktu­r kayu. Pintu dan dinding juga rata-ratanya sudah dimakan anai-anai.

“Menerusi sumbangan itu, kami turut akan mengemas kini sistem pendawaian yang baru,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan peruntukan itu di sini, semalam.

Bantuan diserahkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu merangkumi 17 bangunan yang perlu dibaik pulih termasuk surau dan sekolah agama di Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim.

Bagi Setiausaha Masjid Darul Iman Nasaruddin Shaarani, berkata pihaknya akan membaik pulih masjid itu termasuk meluaskan lagi ruang solat wanita kerana pertambaha­n penduduk tidak dapat menampung jemaah terutama pada Ramadan.

“Saya tidak menyangka kehadiran awal JAIS yang turut memilih masjid kami untuk menerima sumbangan itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, peruntukan berjumlah RM2.1 juta itu bagi menaik taraf dan membaik pulih prasarana sedia ada yang diperlukan di sekitar daerah ini.

“Cek sumbangan baik pulih bangunan diberikan mengikut kategori iaitu sebanyak RM20,000, RM50,000 dan RM150,000,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Azmin (tengah) bersama wakil dari masjid dan sekolah yang menerima sumbangan di Tanjong Karang.
MOHAMED Azmin (tengah) bersama wakil dari masjid dan sekolah yang menerima sumbangan di Tanjong Karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia