Harian Metro

Penuntut edar dadah kantoi

-

Keghairaha­n tiga penuntut universiti awam di daerah ini yang mengedar dadah jenis ganja di universiti tempat mereka menuntut membawa padah selepas ditahan bersama ganja terbabit di bilik asrama penginapan mereka, jam 10.30 pagi kelmarin.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang menemui ganja seberat 1.276 kilogram di bilik terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, ketiga-tiga suspek berusia 22 tahun dan ketika serbuan, pihaknya menemui ganja di atas meja dan dalam almari pakaian selain peralatan menghisap dadah terbabit.

Menurut beliau, ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif ganja.

“Suspek direman sehingga 30 Mac ini membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia