Harian Metro

KONGSI RAHSIA

-

Milyunir akan mengadakan Seminar Tudung Fasha Sandha di Maju Junction, Kuala Lumpur pada 1 April ini bagi berkongsi ilmu dan pengalaman usahawan dalam perniagaan tudung.

Pengasasny­a, Azizi Ilias berkata, program yang julung kali diadakan itu berkonsepk­an muafakat dalam perniagaan di mana pihaknya mengutamak­an proses

Milyunir anjur Seminar Tudung Fasha Sandha

di Maju Junction 1 April

perkongsia­n ilmu di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam industri fesyen tudung.

“Penting untuk kita menjalanka­n perniagaan secara berjemaah khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Maka, kami ingin berkongsi rahsia bagaimana peserta boleh berjaya dengan menyertai program yang dijalankan ini,” katanya.

Menurutnya, seminar berkenaan akan dikendalik­an perunding pemasaran dan jualan terkemuka, Shafiz Azmi selaku penceramah utama yang akan menjelaska­n hala tuju dan matlamat Milyunir dalam membantu usahawan sehingga berjaya.

“Antara penceramah lain yang turut serta adalah Sifu Nizam yang akan memperkata­kan mengenai Transforma­si Minda Positif dan Pengasas Gergasi Hijau iaitu Cikgu Roy yang akan mengupas tajuk Kuasa Syukur yang Menderaska­n Rezeki.

“Selain itu, peserta juga akan diberikan panduan dan maklumat mengenai penjenamaa­n, jenis fabrik dan rekaan fesyen hijab serta kaedah pemasaran dalam talian dan luar talian,” katanya.

Azizi berkata, program berkenaan juga akan menerangka­n mengenai pembuatan tudung dan perkhidmat­an lain yang terbabit dalam penjenamaa­n termasuk pemilihan aksesori, model dan fotografi.

 ??  ?? FASHA Sandha menggayaka­n tudung sempena seminar.
FASHA Sandha menggayaka­n tudung sempena seminar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia