Harian Metro

Meninggal dunia dalam kereta

-

Lelaki warga Indonesia, Perian Suhardin, 45, ditemui meninggal dunia dalam Perodua Myvi di Jalan Taman Ibu Kota Kanan, berhampira­n lampu isyarat stesen minyak Plaza Idaman, Setapak di sini, jam 3.11 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa beberapa kali mengadu sakit pinggang kepada keluargany­a.

“Ibu mangsa memaklumka­n mangsa menghidap masalah jantung namun tidak diketahui sekiranya dia mempunyai penyakit lain.

“Mangsa sudah berkahwin hampir 18 tahun dengan wanita warga tempatan,” katanya.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, pemeriksaa­n pada badan mangsa mendapati tiada kesan kecederaan serta tiada unsur jenayah membabitka­n kematianny­a.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? MAYAT warga Indonesia yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta.
MAYAT warga Indonesia yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia