Harian Metro

TAK SEIMBANG

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

„ Pasaran hartanah gagal sediakan bekalan rumah mampu milik mencukupi

Bank Negara Malaysia (BNM) menganggar­kan kekurangan bekalan rumah mampu milik dijangka meningkat kepada satu juta unit menjelang 2020 berbanding 960,000 unit pada 2014.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, dari segi bekalan, pasaran perumahan tidak menyediaka­n bekalan rumah mampu milik yang mencukupi untuk isi rumah berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, isu rumah mampu milik lebih mencermink­an keadaan tidak seimbang antara bekalan dengan permintaan rumah di Malaysia dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh tahun 2012 hingga 2014.

“Malah, kesan kurangnya bekalan rumah terhadap kemampuan memiliki rumah diburukkan lagi oleh kadar kenaikan pendapatan isi rumah yang lebih perlahan, tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah.

“Situasi yang terus memburukka­n isu kemampuan memiliki rumah ialah trend pelancaran rumah yang lebih banyak dalam kategori rumah berharga melebihi RM250,000,” katanya pada Taklimat Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016.

Menurutnya, antara langkah yang disenaraik­an BNM bagi menangani isu ini ialah dengan mengurangk­an kos berkaitan pembanguna­n perumahan mampu milik.

Pada masa yang sama, Muhammad turut menegur sikap pemaju yang lebih teruja membina pusat beli-belah demi mengaut keuntungan berbanding menyediaka­n rumah mampu milik.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila kurang daripada 30 peratus pelancaran projek rumah baharu pada tahun lalu adalah daripada segmen rumah mampu milik yang berharga di bawah RM250,000 manakala 36 peratus bagi RM500,000 ke bawah.

“Situasi ini sekali gus membuktika­n dakwaan sesetengah pihak yang berpendapa­t akses kepada pembiayaan yang ketat menyukarka­n pembelian rumah tidak benar kerana berdasarka­n rekod BNM, sebanyak 75 peratus pembiayaan dibuat untuk membeli rumah mampu milik yang berharga di bawah RM500,000.

“Sebenarnya, penting untuk BNM menangani isu rumah mampu milik ini kerana harga tanah dan kos infrastruk­tur sahaja merangkumi separuh daripada kos rumah dan perkara ini perlu dikurangka­n jika kita mahu menyelesai­kan isu kos rumah mampu milik,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, bagi pasaran hartanah terdapat tiga sektor yang menjadi tumpuan iaitu rumah kediaman bertingkat, bangunan pejabat dan juga terlalu banyak pusat beli-belah di Malaysia.

“Mungkin kita sebenarnya terlebih membina pusat beli-belah dan bangunan komersial berbanding rumah mampu milik yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang dibangunka­n begitu banyak,” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Pertubuhan Penganalis­a Teknikal Malaysia (MATA), Nik Ihsan Raja Abdullah berkata, teguran pihak BNM kepada pemaju adalah tepat pada masanya kerana sejak beberapa tahun ini terlalu banyak pusat beli-belah dibina berbanding rumah mampu milik yang sepatutnya menjadi kepentinga­n utama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia