Harian Metro

LABA RM1.4B

-

„ Naza TTDI sasar catat perolehan menerusi cabang hartanah, pembinaan

Kumpulan Naza TTDI menjangkak­an untuk mencapai perolehan mencecah RM1.4 bilion melalui cabang pembanguna­n hartanahny­a, Naza TTDI dan cabang pembinaan, Naza Engineerin­g and Constructi­on (Naza EC).

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin berkata, Naza EC dijangka menjadi penyumbang utama kepada pertumbuha­n kumpulan tahun ini.

“Kami menjangka Naza EC akan menjadi penyumbang utama pada tahun ini berikutan ada beberapa projek pembinaan utama dapat dimuktamad­kan tahun ini.

“Kami akan menyertaka­n bidaan bagi projek pembinaan di seluruh negara dengan tumpuan diberikan di lokasi luar Lembah Klang.

“Ia dijangka mencecah nilai kira-kira RM2.1 bilion,” katanya.

Sementara itu, Naza TTDI dijangka melancarka­n lima projek baru tahun ini di TTDI Alam di Shah Alam, TTDI Grove di Kajang dan Kwasa Damansara.

“Projek berkenaan meliputi kediaman jenis semi-D, apartmen, kondominiu­m dan rumah bandar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) mencecah RM793 juta,” katanya.

Tahun lalu, Naza EC dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) untuk Projek Terbaik dalam kategori bangunan besar bernilai lebih RM100 juta melalui projek Naza Tower.

 ?? SM Faliq ?? Kami akan menyertaka­n bidaan bagi projek pembinaan di seluruh negara dengan tumpuan di luar Lembah Klang dengan nilai mencecah kira-kira RM2.1 bilion”
SM Faliq Kami akan menyertaka­n bidaan bagi projek pembinaan di seluruh negara dengan tumpuan di luar Lembah Klang dengan nilai mencecah kira-kira RM2.1 bilion”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia