Harian Metro

Pembeli ambil sikap berhati-hati miliki rumah

-

Kuala Lumpur: Pasaran yang tidak menentu dalam sektor hartanah menyebabka­n pembeli terus berhati-hati dan mula mempertimb­angkan faktor lokasi, keselamata­n persekitar­an dan saiz hartanah sebelum memiliki rumah.

Pengurus Negara PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, perubahan berkenaan dilihat begitu ketara kerana pada tahun sebelumnya pembeli memberi fokus kepada faktor lokasi, harga hartanah dan pembanguna­n masa depan.

Beliau berkata, walaupun pembeli berminat dengan kawasan baru yang jauh dari pusat bandar dan sepadan dengan pengurusan bajet masing-masing, namun ketiga-tiga faktor berkenaan masih lagi menjadi keutamaan.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, memiliki rumah untuk kegunaan peribadi lebih diutamakan sebelum memikirkan soal kenaikan nilai hartanah ataupun pulangan sewa yang lumayan.

“Malah, hasil tinjauan PropertyGu­ru mendapati kawasan luar bandar di Selangor seperti Rawang, Sungai Buloh, Semenyih, Ulu Kelang dan Ampang kini kian mendapat perhatian,” katanya.

Selain itu, kediaman strata seperti pangsapuri dan kondominiu­m adalah pilihan utama diikuti kediaman atas tanah manakala permintaan terhadap hartanah jenis banglo dan rumah berkembar dua merosot.

Dari segi bajet, kira-kira 40 peratus responden daripada Tinjauan Sentimen Konsumer PropertyGu­ru berhasrat untuk membeli rumah dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sheldon berkata, bajet yang diperuntuk­kan untuk membeli rumah pada

2017 antara RM300,001 sehingga RM500,000 dan hanya 18 peratus responden berhasrat membeli hartanah mewah terpilih yang berharga dalam lingkungan RM700,001 sehingga RM900,000.

“Seiring dengan trend pasaran, hartanah berharga antara RM300,000 sehingga RM500,000 sentiasa menjadi pilihan manakala hartanah berharga dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM700,000 turut mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata, dalam tinjauan sama menunjukka­n trend pembelian hartanah di luar negara sebagai pelaburan semakin berkuranga­n.

“Australia kekal destinasi pelaburan hartanah pilihan ramai,”

katanya.

 ?? Fernandez ?? Hasil tinjauan PropertyGu­ru mendapati kawasan luar bandar seperti Rawang, Sungai Buloh, Semenyih, Ulu Kelang dan Ampang kian mendapat perhatian”
Fernandez Hasil tinjauan PropertyGu­ru mendapati kawasan luar bandar seperti Rawang, Sungai Buloh, Semenyih, Ulu Kelang dan Ampang kian mendapat perhatian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia