Harian Metro

Pasang dua dandang di PIC

-

PETRONAS memasang dua dandang haba sisa dimodular bagi loji penapisnya yang dibina di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Syarikat minyak nasional itu berkata, dandang itu adalah komponen penting unit perekahan pemangkina­n cecair sisa (RFCC) dalam loji penapis kerana ia berfungsi merekahkan sisa atmosfera menjadi bahan mentah bagi kemudahan perekah strim.

“Kejayaan pemasangan dandang ini pencapaian penting dalam pembanguna­n PIC yang kini bersedia untuk dimulakan pada suku pertama 2019,” katanya.

Dandang itu yang dipasang siap di Kaohsiung, Taiwan setiap satu seberat 2,000 tan metrik.

Ia adalah dandang haba sisa dimodular terbesar dibawa ke Malaysia dan diiktiraf Malaysia Book of Records.

Pembinaan dandang itu bersama dengan RFCC diberikan kepada konsortium CTCI Corp, Chiyoda Corp, Synerlitz Malaysia Sdn Bhd dan MIE Industries Sdn Bhd.

Selepas siap, loji itu akan berkapasit­i penapisan 300,000 tong sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia