Harian Metro

Pencarian rakan Proton masih berjalan

-

DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) menegaskan bahawa pencarian rakan strategik asing (FSP) bagi Proton Holdings Bhd (Proton) masih diteruskan.

Seperti diumumkan pada Februari lalu, pihaknya menyasarka­n untuk menamatkan proses penilaian menjelang suku kedua 2017.

Proton dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesahka­n bahawa pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton.

“Kami mengumumka­n bahawa proses mencari

FSP ini rumit dan DRB-Hicom mahu memastikan FSP dipilih menguntung­kan semua pihak.

“Setiap rundingan adalah usaha kedua-dua pihak untuk memastikan sinergi pelan masing-masing. Ia proses biasa dalam mana-mana rundingan perniagaan apabila kedua-dua pihak membuat cadangan berasingan dan berbeza, bergantung kepada apa diminta dan dicadangka­n pihak kedua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia