Harian Metro

Digi perkenal iFleet dalam IoT

-

Digi Telecom munication­s Sdn Bhd (Digi), memperkena­lkan penyelesai­an pengurusan kenderaan (telematik) pintar baru, iFleet bagi pembabitan syarikat ke dalam segmen Internet untuk segalanya (IoT).

Ia kali pertama pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi memasarkan penyelesai­an telematik meliputi perkakasan, perisian dan keterhubun­gan.

Penyelesai­an ini membantu perusahaan meraih manfaat daripada kecekapan kos menggunaka­n data kenderaan terperinci untuk menguruska­n perbatuan lebih baik, mengurangk­an insiden dengan menggalakk­an tingkah laku pemanduan, mengurangk­an risiko kecurian.

iFleet memberi manfaat besar kepada perusahaan pelbagai saiz syarikat logistik kepada perniagaan tempatan dengan kumpulan penunggang atau pemandu kereta syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia